Isnin, 18 Julai 2011

Bersih 2.0 - Analisa dan Kebenarannya (Bahagian 1)

Bersih 2.0 - Analisa dan Kebenarannya (Bahagian 1)
Kepada pembaca yang memerlukan pengenalan mengenai Bersih 2.0, tuntutan mereka dan respon Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), sila rujuk kepada nukilan berikut - Bersih 2.0

Apakah erti sebenar perhimpunan Bersih 2.0?

1. Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlalu tidak memperjuangkan 8 tuntutan Bersih 2.0.
Sebagai rakyat yang mampu berfikir secara matang, kita semua seharusnya sedar bahawa rusuhan atau perhimpunan seperti ini tidak langsung mendatangkan hasil yang positif bagi menyelesaikan masalah. Benarkah perhimpunan sebegini wajar dijadikan cara untuk menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat tertentu? Hal seperti ini memerlukan perbincangan damai di antara pihak-pihak yang terlibat, bukannya melalui rusuhan dan tunjuk perasaan.

Kita dapat lihat bahawa setiap krisis atau isu yang bangkit di antara pihak tertentu di dunia ini termasuklah isu di antara negara, parti politik dan organisasi perlu di bawa berbincang secara damai - jika benar kita ingin mencapai matlamat tertentu, walaupun proses ini memakan masa. Rusuhan, perhimpunan haram dan hasutan tidak langsung membantu di dalam menyelesaikan krisis, bahkan membawa lebih banyak impak-impak yang negatif kepada semua.

Barisan pemimpin Bersih dan parti politik yang menyokongnya
Matlamat Bersih 2.0 adalah untuk mengesa SPR seperti yang di tuntut di dalam 8 tuntutan mereka. Namun, sedarkah anda, apakah kejayaan perhimpunan tersebut ke atas tuntutan-tuntutan mereka? Inilah bukti bahawa perhimpunan seperti ini tidak mampu menyelesaikan masalah. Ahli tertinggi Bersih dan pihak pembangkang sepatutnya sedar tentang hal ini, kerana mereka merupakan bijak pandai yang ingin memerintah negara, tetapi telah memilih cara seperti ini untuk menyelesaikan masalah. Sebenarnya, mereka bukanlah bodoh, tetapi mereka cukup bijak.

Dengan cara ini, mereka sebenarnya menggunakan rakyat untuk menentang kerajaan. Mereka sedar, hanya rakyat yang mampu menjatuhkan kerajaan dan seterusnya memberi mereka peluang untuk menjadi pemerintah. Mereka memilih jalan ini untuk menyemarakkan lagi perasaan benci rakyat dan menjatuhkan kerajaan, walaupun cara yang sebenarnya untuk menang ialah melalui pilihan raya umum. Di dalam hal ini, rakyat yang naif menjadi telah menjadi mangsa kepada pihak-pihak tertentu.


2. Mempergunakan rakyat sebagai alat untuk menentang kerajaan.
Sedarkan anda bahawa rakyat telah dipergunakan sebagai alat di dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini? Apa yang lebih sedih, sedarkah anda, majoriti daripada yang hadir di perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah mereka yang beragama Islam?

Semangat juang umat Islam - namun tidak digunakan dengan betul.

Antara saudara seagama kita yang ditangkap.
Renungkan kesan terhadap keluarganya.

Perjuangan atau hawa nafsu?

Umat Islam, yang majoritinya kaum melayu di negara ini sebenarnya mempunyai satu semangat yang digeruni oleh penganut agama lain. Semangat ini hanya hadir di dalam diri kita, umat Islam, kerana kita telah diajar dari kecil lagi untuk melakukan kebaikan dan menentang kejahatan. Semangat ini sangat digeruni oleh penganut agama lain kerana kita mampu melakukan apa saja - termasuk mengadaikan nyawa. Setiap orang Islam sanggup mengadaikan nyawa mereka demi Islam tanpa rasa sangsi - mampukah mereka yang bukan Islam melakukan benda yang sama? TIDAK. Apa yang paling digeruni oleh bangsa cina? MATI.

DAP - Dalang disebalik perhimpunan Bersih 2.0?

Namun, hanya segilintir daripada kita yang sedar, sebenarnya kelebihan yang kita ada ini telah dipergunakan oleh pihak tertentu menerusi perhimpunan tersebut. Buktinya, banyak pemimpin-pemimpin bukan Islam (DAP dan sebagainya) yang bersuara lantang di media bercakap mengenai perhimpunan ini, tidak turut serta bersama yang lain! Banyak pemimpin dan rakyat yang ditangkap pada hari tersebut bukan dari golongan mereka tetapi adalah kaum melayu kita yang turut di hadiri oleh anak muda dan pelajar. Mereka sanggup bertindak secara ekstrem mengikut nafsu dan perasaan. Lihatlah bagaimana pihak-pihak tertentu ini menyuntik elemen negatif kepada masyarakat kita.

Mereka sebenarnya berfikir dengan lebih bijak - adalah merugikan diri sendiri jika mereka turut serta di dalam perhimpunan ini kerana ada kemungkinannya mereka akan dicederakan, ditangkap dan sebagainya. Ini merugikan masa dan juga wang ringgit. Jadi, apa kata mereka hantar saja orang lain untuk membuat rusuhan - dan mangsanya ialah orang Islam, yang majoritinya melayu, yang majoritinya daripada parti PAS dan juga KEADILAN. Mereka telah memilih cara yang lebih selamat - dengan melalukan perhimpunan di tempat yang lebih selamat dan sebagainya. Renungkan, di mana pemimpin-pemimpin kafir ini semasa perhimpunan tersebut? Kita dapat lihat melalui media termasuk Intenet, betapa ramainya orang cina dan pemimpin DAP yang menyatakan sokongan kepada perhimpunan Bersih tetapi tidak berani turut serta di hari tersebut. Malangnya, ramai antara kita yang tidak sedar akan hal ini.

Pada hari 9 Julai 2011 juga, DAP telah menyiapkan video yang menunjukkan mereka (yang majoritinya kaum cina) turut melakukan perhimpunan. Apakah matlamat mereka - sehingga cepat menyediakan video seperti ini? Sebenarnya hanya untuk membuktikan ada juga daripada mereka turut serta di dalam perhimpunan tersebut. Tetapi, di mana permimpin-permimpin tertinggi mereka pada ketika ini? Mengapa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak turut ditangkap bersama pemimpin-pemimpin yang lain?

Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sibuk mengatur langkah

3. Untuk mendapatkan perhatian seluruh dunia mengenai perjuangan mereka menentang kerajaan.
Antara motif utama perhimpunan Bersih 2.0 diadakan adalah untuk menarik perhatian seluruh dunia terutamanya media antarabangsa mengenai perjuangan parti pembangkang di dalam menentang kerajaan Malaysia. Perhimpunan atau rusuhan seperti ini merupakan cara terbaik di dalam menjatuhkan imej kerajaan Malaysia di mata dunia. Jika kita lihat, cara ini terbukti berkesan sepertimana yang telah dipraktikan di negara lain seperti Thailand, Mesir dan sebagainya. Ini adalah strategi pihak pembangkang di dalam menjatuhkan kerajaan - dan di dalam proses ini, rakyat dipergunakan sebagai alat untuk mencapai matlamat mereka.

Hal ini lebih jelas apabila hampir kesemua laman web pemimpin dan parti pembangkang mengeluarkan artikel mengenai reaksi media antarabangsa kepada perhimpunan Bersih 2.0. Bagi mereka, ini adalah satu kejayaan yang tidak ternilai - mendapat publisiti dan menjatuhkan imej kerajaan di mata dunia secara percuma!

Paparan liputan media antarabangsa di blog Anwar Ibrahim

Namun sedarkah anda bahawa pemimpin-pemimpin ini juga sebenarnya telah menjatuhkan nama dan imej negara mereka sendiri? Inikah golongan yang kita ingin lihat sebagai pemimpin negara, yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai matlamat mereka termasuk dengan cara menghina negara mereka sendiri? Adakah begini caranya bagaimana seseorang pemimpin berfikir dan bertindak? Dimana tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia yang berikrar untuk setia kepada negara? Kita berikrar untuk setia kepada negara, bukan kepada kerajaan yang memerintah - adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk menjaga maruah negara. Hal ini cukup membuktikan mereka tidak mementingkan negara tetapi hanya mahu menjadi pemimpin negara.


4. Mencabar kerajaan di dalam menghadapi tentangan.
Antara isu yang kita dapat lihat dalam tempoh seminggu ini adalah komen-komen tentang layanan mereka yang telah ditangkap semasa rusuhan tersebut. Ini sebenarnya adalah antara bahan yang penting bagi mereka (Bersih dan parti pembangkang) - untuk melihat bagaimana pihak berkuasa dan kerajaan menangani perhimpunan tersebut. Adakah dengan cara yang baik atau menggunakan kekerasan. Adakah melibatkan kecederaan, kematian dan sebagainya. Bila berlaku semua ini, maka, lebih banyaklah modal buat mereka untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dan pihak berkuasa.

Anwar Ibrahim contohnya, di dalam ceramahnya pada 11 Julai, 2011 bertempat di tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang, mengecam tindakan polis yang melakukan kekerasan terhadap presiden PAS, Hadi Awang. Kenyataan tersebut bertentangan dengan kenyataan rasmi Hadi Awang mengenai layanan baik polis terhadapnya, seperti yang direkodkan di video ini.


Hadi Awang ketika ditangkap
"Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau mendapat layanan baik dari pihak polis semasa ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai lalu. Katanya, beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada yang lain kerana beliau berseorangan semasa ditahan dan dibawa dengan lori ke balai polis Jinjang.

'Saya dilayan dengan baik, ada juga (polis) yang datang bersalam dengan saya. Konsepnya kita (PAS) tak bermusuh dengan polis, kita nak lawan Barisan Nasional (BN). Saya tak tahu mengenai yang lain kerana saya keseorangan pada masa tu (ditangkap), yang lain saya tak tahu,' katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Hadi diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mendakwa Presiden PAS itu dikasari polis ketika ditahan kerana menyertai perhimpunan itu.

Hadi berkata 'tidak semua polis menunjukkan kekasaran pada hari berkenaan, malah ada yang berlembut dengan tahanan termasuk beliau.'
Sumber

Cuba fikirkan, jika kita bertindak menggunakan kekasaran, dengan melalukan rusuhan, melemparkan minyak gas, bahan api buatan sendiri dan sebagainya, adakah wajar jika kita mahu persoalkan tentang layanan yang kasar? Kerana itu, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.


Renungan bersama - Perbincangan atau musyawarah
Perbincangan atau musyawarah amat dianjurkan oleh agama kita kerana ianya amat penting sebagai cara yang mampu menyatupadukan semua di bawah pendapat & idea-idea yang dipersetujui bersama, di samping menghimpun dan mencari pendapat yang lebih bernas. Perbincangan merupakan elemen yang terpuji untuk diamalkan di dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Inilah yang membezakan Islam dan agama lain kerana kesempurnaanya - sehingga mengajar kita tentang musyawarah.

Musyawarah adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam, berbanding demokrasi yang di guna pakai oleh barat dan juga orang bukan Islam. Bagi orang Islam, jelaslah bahawa perbincangan mempunyai hikmah yang besar dan sesuai dengan anjuran agama dan rasul kita. Namun, mengapa kita lupa tentang indahnya cara ini, dan mengikut cara bertentangan yang diamalkan oleh orang bukan Islam? Apakah kita sudah lupa tentang anjuran agama kita? Apakah kerana politik, kita sanggup gadaikan agama dan mengetepikan suruhan tuhan?





Sedar atau tidak, masyarakat yang beragama Islam sebenarnya golongan terbesar yang hadir di perhimpunan Bersih 2.0 tersebut, yang majoritinya juga merupakah ahli parti politik PAS, yang melaungkan perjuangan agama, tetapi gagal memilih cara yang dianjurkan Islam untuk menyelesaikan masalah. Apa yang lebih sedih, ramai yang hadir di perhimpunan tersebut adalah mereka yang memakai songkok, serban, berbaju melayu, serta di hadiri juga oleh wanita yang bertudung sempurna dan juga orang-orang yang tinggi ilmunya di dalam bidang agama, tetapi gagal mengawal hawa nafsu dan hasutan syaitan, dan bertindak melampaui batasan. Apakah ini sikap yang kita ingin pupuk di dalam masyarakat kita? Mengajar mereka untuk mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan, dan meninggalkan tuntutan agama dan adab sebagai seorang beragama Islam demi memuaskan kehendak diri sendiri?




Sedarlah, kita sebenarnya sedang melakukan kerosakkan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara kita. Dan, pihak lain sedang menggunakan kelemahan kita ini untuk mencapai matlamat mereka. Persoalannya, siapakah musuh kita yang sebenarnya? Apakah kita sedang melawan musuh yang sebenar? Atau kita sedang dipergunakan oleh pihak tertentu dan secara tidak langsung memecahbelahkan masyarakat kita.



[Akan dikemaskini lagi]

Nantikan nukilan seterusnya yang membincangkan tentang kejayaan dan kesan perhimpunan Bersih 2.0.

Ahad, 10 Julai 2011

Bersih 2.0

Bersih 2.0 


Pengenalan
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) ditubuhkan secara rasmi pada November 2006 dengan matlamat untuk memperbaharui atau membaiki sistem pilihan raya di Malaysia. Pertubuhan ini disokong kuat oleh parti-parti politik pembangkang, Pakatan Rakyat, yang percaya bahawa sistem pilihan raya di Malaysia tidak relevan dan memerlukan pembaharuan. Perhimpunan pertama Bersih telah diadakan pada November 2007 yang dihadiri oleh ribuan rakyat Malaysia. Kini, mereka kembali untuk perhimpunan kali kedua yang dikenali sebagai Bersih 2.0.

Siapakah BERSIH?
Ahli-ahli pertubuhan BERSIH terdiri daripada:
  1. Dato’ Ambiga Sreenevasan (pengerusi)
  2. Andrew Khoo
  3. Arumugam K.
  4. Dr Farouk Musa
  5. Maria Chin Abdullah
  6. Haris Ibrahim
  7. Liau Koh Fah
  8. Richard Y W Yeoh
  9. Toh Kin Woon
  10. Dr Wong Chin Huat
  11. Dato' Yeoh Yang Poh
  12. Zaid Kamaruddin
  13. Arul Prakkash
  14. Dr Subramaniam Pillay
  15. Dato’ Dr Toh Kin Woon

Apakah tuntutan Bersih 2.0?
Himpunan Bersih 2.0 yang telah berlangsung pada Sabtu, 9 Julai 2011 di sekitar bandaraya Kuala Lumpur menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan kerajaan kepada perkara-perkara berikut. Turut diselitkan ialah respon rasmi SPR melalui media dan juga komen editor.

1. Mengemaskini rekod dan pendaftaran pengundi
SPR perlu mengemaskini rekod dan pendaftaran pengundi seperti pengundi yang telah mati, alamat yang tidak wujud dan sebagainya untuk mengelak isu 'pengundi hantu'. BERSIH juga mengemukakan cadangan jangka masa panjang untuk mengunakan sistem secara automatik bagi mendaftar pengundi yang layak.

-- Respon SPR --
SPR membuat semakan daftar pemilih setiap hari dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi memastikan tiada masalah senarai pengundi. Tuntutan mengenai pelaksanaan sistem pendaftaran antomatik pengundi apabila mencecah umur 21 tahun bertentangan dengan Perlembagaan pada waktu ini. Banyak proses pindaan perlembagaan di Dewan Rakyat, komitmen pelbagai pihak diperlukan dan kajian perlu dibuat terlebih dahulu. Malaysia bukan saja menjamin hak untuk mengundi malah hak untuk tidak mengundi.

-- Komen editor --
Mengemaskini daftar pemilih adalah wajar dan saya pasti ini adalah salah satu daripada kerja yang dilakukan oleh pekerja-pekerja SPR. Tidak wajar rasanya jika ini dijadikan tuntutan, kerana ia merupakan salah satu tanggungjawab SPR dan tidak perlu kita persoalkan tentang kerja mereka melainkan adanya data sebagai bukti mereka tidak menjalankan tanggungjawab tersebut. Adakah wajar kita mempersoal sesebuah badan atau syarikat tentang bagaimana mereka menjalankan kerja tanpa mengemukakan sebarang data atau bukti yang menunjukkan mereka melakukan kesalahan atau kesilapan?

Cadangan untuk menggunakan sistem secara automatik adalah bijak. Namun hal ini memerlukan lebih banyak masa dan kajian yang lebih terperinci serta penglibatan banyak pihak termasuk pindaan perlembagaan dan sebagainya. Saya bersetuju dengan cadangan ini dan tidak mustahil satu hari nanti negara kita akan menggunakan sistem tersebut.


2. Memperbaharui sistem undian melalui pos
SPR perlu membenarkan undian melalui pos kepada rakyat yang berada di dalam negara tetapi tidak dapat hadir untuk mengundi di kawasan mengundi. Polis, tentera dan pekerja jabatan awam perlu mengundi seperti rakyat biasa jika tidak bertugas pada hari mengundi. Wakil setiap parti yang bertanding perlu turut serta di dalam proses mengira undian melalui pos.

-- Respon SPR --
Sistem undian pos yang sedia ada digunakan kerana pasukan keselamatan perlu bertugas ketika orang awam mengundi. Jika mereka dibenarkan mengundi ketika pengundian awam dilakukan, pilihan raya akan hura-hara tanpa kawalan keselamatan. Undi pos ini diadakan supaya pasukan keselamatan boleh menjalankan tanggungjawab dan hak mereka sebagai rakyat dan dikhuatiri anggota keselamatan bertaburan seluruh negara untuk mengundi di kawasan masing-masing.

-- Komen editor --
Tuntutan untuk membenarkan rakyat yang tidak dapat hadir untuk mengundi melalui pos perlu diteliti dengan lebih mendalam. Setiap cadangan memerlukan masa dan kajian terperinci di dalam mengenal pasti kelebihan dan kelemahan kerana pelaksanaanya akan memberi kesan kepada seluruh negara.

Tuntutan untuk polis, tentera dan pekerja jabatan awam untuk mengundi seperti rakyat biasa adalah tidak relevan. Ini kerana mereka perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Ini merupakan tanggungjawab mereka kepada negara. Perkara ini tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia membawa kebaikan kepada negara. Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya berlaku kekecohan atau serangan dari luar pada hari mengundi, di mana polis dan tentera juga sibuk mengundi bersama rakyat. Jika ini dilaksanakan, hari mengundi merupakan hari di mana keselamatan negara berada pada tahap yang terendah. Perlu diingatkan juga jumlah polis dan tentera kita adalah kecil nisbahnya berbanding jumlah rakyat.


3. Mengunakan dakwat kekal
Pengunaan dakwat kekal harus dilaksanakan untuk mengelak pengundi daripada menipu.

-- Respon SPR --
Pengunaan dakwat ini boleh dimanipulasi dan sebelum ini sudah kecoh dengan seorang pengundi dihalang membuang undi kerana sudah dicalit dakwat oleh orang lain. Tapi jika menggunakan sistem biometrik yang berhubung terus dengan pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), masalah seperti ini tidak akan berlaku.


4. Minimum 21 hari tempoh berkempen
Tempoh berkempen yang lebih lama memberi lebih masa kepada pengundi untuk membuat pilihan dan calon pilihan raya untuk berkempen.

-- Respon SPR --
Buat masa ini itu bukan satu isu kerana jumlah pengundi di Malaysia yang tidak besar berbanding Indonesia yang mempunyai 200 juta rakyat yang memberi masa sebulan berkempen. Ada beberapa tuntutan BERSIH seperti tempoh berkempen dan undi pos sudah kita ubah suai dan dipersetujui bersama. Contoh lain, mereka minta tempoh kempen pilihan raya dipanjangkan, kita sedia memberikan minimum tujuh hari atau lebih, tetapi SPR juga perlu adil kerana ada parti politik kecil merayu tempoh berkempen tidak terlalu panjang. Malaysia juga sudah moden dengan teknologi, semua parti sama ada kerajaan atau pembangkang boleh mencapai pengundi dengan pelbagai cara. Isu tidak cukup masa untuk berkempen bukanlah satu masalah besar.

-- Komen editor --
Ada kebaikan dan keburukan bila tempoh berkempen itu terlalu panjang. Tempoh berkempen yang panjang secara tidak langsung bermaksud tempoh perang politik yang lebih panjang. Ini merugikan banyak pihak termasuk calon-calon yang bertanding, parti dan juga rakyat. SPR sudah pasti telah meneliti hal ini dengan mendalam sebelum membuat keputusan. Negara kita hanyalah negara yang kecil dan tidak relevan untuk kita mempunyai tempoh berkempen yang terlalu lama. Apapun, waktu berkempen bukanlah hanya di waktu menjelang pilihan raya. Jika kita lihat pada masa sekarang, sebenarnya setiap hari adalah hari berkempen.


5. Penggunaan media dengan adil
Media seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama perlu adil kepada semua parti politik.

-- Komen editor --
Pada zaman yang serba canggih ini, media bukan lagi satu isu untuk menyebarkan maklumat. Negara kita juga mempunyai banyak media-media bebas dan setiap parti mempunyai medianya sendiri. Apakah ini masih lagi satu isu? Kita juga ada media TV dan radio yang cenderung ke arah parti pembangkang.


6. Mengukuhkan badan-badan awam kerajaan
Institusi awam seperti Badan Kehakiman, Peguam Negara, Polis, Badan Pencegah Rasuah dan SPR perlu bertindak secara bebas menegakkan undang-undang dan keadilan.

-- Komen editor --
Saya bersetuju dengan tuntutan ini. Namun perlu juga diingatkan bawaha ada juga pekerja dan penyokong kerajaan yang diambil tindakan bila melakukan kesalahan seperti rasuah dan sebagainya. Kumpulan Khairy Jamaluddin juga diberkas pihak berkuasa kerana menjalankan perhimpunan haram.


7. Hentikan rasuah
Hentikan semua rasuah termasuk pembelian undi.

-- Komen editor --
Saya bersetuju dengan tuntutan ini. Setiap organisasi akan berusaha untuk membasmi rasuah kerana ini boleh merosakkan dan merugikan organisasi tersebut. Ini adalah usaha berterusan dan tidak perlu dijadikan tuntutan. Kerajaan juga telah banyak membongkar isu rasuah kakitangan kerajaan. Tiada siapa yang akan selamat jika disabit bersalah.

Mengenai pembelian undi, kerajaan pembangkang seperti DAP di Pulau Pinang juga memberi wang kepada rakyat - apakah wang atau hadiah daripada kerajaan untuk rakyat dikatakan sebagai membeli undi?


8. Hentikan politik kotor
Parti-parti politik perlu hentikan politik kotor.

-- Komen editor --
Saya juga bersetuju dengan tuntutan ini. Namun apa yang boleh dilakukan oleh SPR atau kerajaan untuk mengawal hal ini? Dengan mengambil tindakan kepada mereka yang berpolitik melebihi batasan? Apa pula kata pengikut mereka? Bagi saya, hal ini perlu ditujukan kepada setiap parti, bukan hanya kepada kerajaan dan SPR.

Dato’ Ambiga Sreenevasan - Pengerusi BERSIH



Kesimpulannya..
BERSIH sebenarnya mempunyai matlamat yang baik untuk membaiki sistem pilihan raya Malaysia. Negara memerlukan pertubuhan-pertubuhan bebas seperti ini untuk memberi pandangan, cadangan dan meneliti proses dan sistem yang dipraktikan oleh badan-badan kerajaan. Setiap respon daripada pertubuhan-pertubuhan ini membantu membaik pulih kelemahan sistem yang sedia ada.

Namun, matlamat yang baik tidak sesekali menghalalkan cara. Jika tidak dilakukan dengan betul, apa yang sepatutnya menjadi positif akan bertukar kepada negatif. Inilah apa yang terjadi pada negara kita. Insiden Sabtu lalu, cukup untuk menunjukkan bagaimana nafsu dan perasaan mampu mendorong kita untuk bertindak di luar kawalan. Matlamat yang baik telah bertukar menjadi sesuatu yang merosakkan.

Jika diteliti, perhimpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lepas sebenarnya tidak memperjuangkan tuntutan-tuntutan di atas. Sebaliknya, perhimpunan tersebut membawa maksud lain. Fikirkan, apakah ini yang dilakukan oleh orang bijak pandai untuk meluahkan kehendak mereka?

Nantikan nukilan berikutnya mengenai analisa dan kebenaran di sebalik Bersih 2.0.


Sumber
SPR Tak Pernah Kata Tak Mahu Jumpa Bersih
Tuntutan BERSIH terhadap SPR tidak munasabah
SPR keliru tindakan penganjur BERSIH 
Bersih’s 8 Demands

Isnin, 20 Jun 2011

Rahsia Di Sebalik Namewee - Nasi Lemak 2.0

Rahsia di sebalik Namewee - Nasi Lemak 2.0

Sedarkah anda bahawa filem Namewee yang berjudul Nasi Lemak 2.0 mempunyai halaman Facebook?
http://www.facebook.com/nasilemak2.0

Setakat ini, sebanyak 42,499 orang menyukai halaman tersebut.


Namun, sedarkah anda bahawa halaman tersebut sebenarnya membawa maksud yang tersirat?

1. Apakah yang dimaksudnya dengan tajuk halaman tersebut - 辣死你媽! Nasi Lemak 2.0?
  • 辣死你媽! di dalam bahasa cina, jika di alih bahasa membawa maksud "Your mother's too hot!" atau dalam bahasa melayu bermaksud "Ibu anda terlalu panas!"?.
  • Apa kaitannya dengan Nasi Lemak 2.0, yang ingin Namewee sampaikan kepada Perdana Menteri?
  • Atau sebenarnya Namewee ingin menyampaikan pesanan "Ibu anda terlalu panas!" kepada Perdana Menteri?
  • Adakah bukti ini belum cukup untuk menyatakan bahawa Namewee sebenarnya sedang menghina negara kita Malaysia dan juga Perdana Menteri?
  • 42,499 orang menyukai maksud ungkapan tersebut, apakah maksud mereka sebenarnya?

2. Antara komen Namewee di halaman tersebut:
  • Song for PM...<<黃明志要見首相主題曲>>KICK了一個晚上...:P
  • Lagu untuk PM ...<<lagu tema untuk melihat Perdana Menteri>> KICK satu malam... :P

3. Antara komen-komen di halaman tersebut:
  • Allan Ng - 光听名字就觉得很好看的了! (Listen to the film's name to feel good!)
  • Babyhooi Tan - 辣死你媽 the bes (Your mother's too hot the best)
  •  
"椰浆饭" adalah perkataan bahasa cina yang lebih sesuai digunakan untuk nasi lemak..

Namewee Mencabar Kerajaan Malaysia - Episod 2

Semua pembaca dinasihatkan untuk membaca episod pertama supaya lebih memahami tentang kisah ini.
Namewee Mencabar Kerajaan Malaysia



1. Dalam episod kedua ini, Namewee menyatakan tajuk filemnya ialah Nasi Lemak 2.0. Tidak pula di sebut tentang Nasi Lemak 2.0 di dalam episod pertama. Mungkin Namewee baru mendapat ilham tentang tajuk filemnya.

2. Dimanakah sumber yang menyatakan berbilion ringgit telah diperuntukan untuk dana industri filem Malaysia? Ramai yang ingin memohonnya.

3. Namewee berkata ada seorang pelabur yang baik hati sudi melabur dalam filemnya memandangkan dia tidak berjaya mendapat peruntukkan daripada Finas. Seperti yang di jangka, adalah mustahil jika dia tidak dapat mencari sesiapa untuk melabur dalam filemnya. Walau tiada pelabur sekali pun, Namewee boleh memohon pinjaman melalui bank. Terbukti, semua ini hanyalah kerja kotor Namewee dan sesetengah pihak untuk mencabar kerajaan Malaysia.

4. Katanya, kerana modal yang terbatas, dia perlu menulis skrip sendiri, mengarah filem sendiri dan berlakon sendiri. Dalam episod pertama lagi sudah diketahui bahawa skrip itu ditulisnya sendiri, dan akan diarahnya sendiri, dan tentunya akan dilakonkan sendiri, kerana Namewee ialah seorang artis yang serba boleh. Kata-katanya itu hanyalah bertujuan untuk mendapatkan belas kasihan.

5. Semua krew filemnya adalah berbangsa cina, adakah ini maksud filem "Satu Malaysia" bagi Namewee?

6. Diselitkan juga di dalam video tentang kumpulan yang menentang Namewee. Adakah Namewee idola yang baik untuk konsep "Satu Malaysia"?

7. Namewee mempersoal tentang kemungkinan filemnya tidak akan ditayangkan di pawagam. Mungkin dia tidak sedar, banyak sebenarnya filem-filem yang dihasilkan di Malaysia yang tidak ditayangkan di pawagam atas sebab-sebab tertentu. Semua pihak menerima keputusan ini. Namun, adakah Namewee mampu menerima jika filemnya tidak berjaya ditayangkan di pawagam? Apa kata jika ditayangkan saja di Youtube?

8. Namewee menyampaikan pesanan kepada Perdana Menteri.

"Apa khabar Perdana Menteri, saya adalah Namewee. Saya telah menyiapkan filem pertama saya <<Nasi Lemak 2.0>>. Tetapi seluruh perjalanan penggambaran saya tidak menggunakan walau satu sen pun duit kerajaan. Sekarang ini filem <<Nasi Lemak 2.0>> ini telah berada dalam tangan saya. Saya mahu bawa filem ini ke Jabatan Perdana Menteri untuk berjumpa dengan Dato Seri. Adakah Dato Seri sudi berjumpa dengan saya?

Selain itu, saya telah membuat satu lagu untuk dihadiahkan kepada Dato Seri. Harap-harap selepas Dato Seri mendengar lagu ini, Dato Seri dapat menyelami perasaan perjuangan saya dalam setahun ini. Macam tu lah datangnya ilham saya.."

Namewee, untuk pengetahuan anda, ramai rakyat Malaysia yang bangun dari tidur, makan, belajar, kerja dan sebagainya tanpa mengunakan wang kerajaan. Adakah ini contoh pemikiran seorang yang matang, yang mengharapkan wang kerajaan untuk dapatkan apa yang diingini?

Dan sejak bila pula Perdana Menteri bertugas untuk meluluskan filem di Malaysia?

Inilah sikap orang yang tiada rasa hormat kepada negara sendiri (tetapi tidak malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia) dan angkuh dengan kebodohan sendiri sehingga mampu untuk bertindak tanpa mengira prosedur yang sedia ada. Atau dengan maksud lainnya, Namewee dalam episod ini sebenarnya mencabar Perdana Menteri menggunakan filemnya.

Namewee bersama skrip yang kononnya bertajuk "1 Malaysia", yang kini dikenali pula sebagai "<<Nasi Lemak 2.0>>"

Kami menunggu episod seterusnya dari Namewee :)

Ahad, 12 Jun 2011

DAP dan Melayu - Jawapan Kepada Persoalan Muhammad Zir

Democratic Action Party Malaysia
Kenyataan berikut telah diterbitkan oleh Muhammad Zir di satu laman web parti politik DAP yang berjudul "Orang Melayu tak sejahil sangkaan UMNO". Segala tulisan Muhammad Zir telah dirakam di bawah tanpa sebarang pengubahsuaian. Hanya ulasan dan pandangan yang diselitkan di perenggan-perenggan yang berkenaan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

10 JUN – UMNO menganggap orang Melayu kurang cerdik dan mudah dicucuk hidung. Matlamat UMNO menyerang DAP adalah untuk menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap DAP, dan seterus supaya menolak Pakatan. Ini adalah  pakej UMNO mengajak Melayu membenci DAP, dan ia diulas untuk membuktikan UMNO sendiri tahu yang para pemimpinnya banyak omong kosong dan terlalu bergantung kepada fitnah.

Mengapa orang Melayu tidak ramai menyertai DAP?

Kerana UMNO berjaya menfitnah sejak zaman-berzaman, mereka memberi persepsi buruk terhadap DAP dengan mengaitkan hal perkauman, agama dan ideologi komunis. Hakikatnya, semua dakwaan itu palsu dan UMNO sendiri pun tahu yang ia palsu. Semua fitnah ini telah dibuktikan tidak relevan dan salah sama sekali. Komunis tidak mengiktiraf Perlembagaan Persekutuan tetapi DAP menjunjung Perlembagaan dan segala isinya. Ideologi DAP adalah demokrasi social yang ditolak dan ditentang oleh komunis. Dalam UMNO, pernah ada pemimpin ditahan di bawah ISA kerana dituduh komunis. Bagaimana UMNO boleh menyamakan kuda dengan basikal?

[Mungkin benar parti DAP tidak pernah ada kaitan dengan isu perkauman, agama atau ideologi komunis. Namun, pemimpin-pemimpin tertinggi parti tersebut yang mempunyai rekod tersendiri di dalam isu-isu yang berkaitan perkauman, agama dan ideologi komunis. Tidak perlu disebutkan kerana isu-isu itu boleh dirujuk melalui sumber lain. Dan atas alasan ini, ramai yang membuat kesimpulan bahawa parti DAP bersikap sedemikian. Seperti mana yang kita tahu, pembentukkan dan hala tuju sesebuah organisasi bergantung kepada cara dan sikap pemimpin-pemimpinnya - bukan bergantung kepada pengikut atau pekerja. Jika diteliti, DAP sudah mula merawat kesilapan ini melalui pemimpin-pemimpin muda mereka supaya menjauhkan diri dari terbabit dengan isu sensitif seperti perkauman dan agama. Seperti yang kita lihat juga pada masa sekarang, pemimpin-pemimpin muda berbangsa cina mereka diterima ramai dan mempunyai sokongan kuat daripada kaum melayu, yang juga beragama islam. Ini kerana, pemimpin-pemimpin muda ini bersih dari isu-isu sensitif seperti di sebut di atas. Malah, mereka tahu untuk menarik minat dan memikat hati kaum melayu yang juga islam.]


Apakah benar DAP parti berbilang bangsa dan Melayu boleh menjadi pemimpin dalam DAP?

UMNO menerusi ejen-ejen seperti Utusan dan Perkasa melukis gambaran pada fikiran orang Melayu bahawa mereka hanya akan menjadi kuda tunggangan orang-orang Cina dalam DAP. Hakikatnya, untuk menjadi pemimpin yang baik dalam mana-mana organisasi, setiap individu perlu mempunyai kualiti dalam semua segi. Kualiti hanya akan wujud sekiranya organisasi itu mempunyai jumlah kuantiti yang mencukupi. Tanpa kuantiti, sukar untuk memilih kualiti yang terbaik di kalangannya. Sifir ini dengan mudah menjelaskan, mengapa orang Melayu belum ada yang menjadi pemimpin besar dalam DAP, kerana jumlahnya masih sedikit. Senario ini juga adalah kesan dari kempen UMNO BN menakut-nakutkan orang Melayu kepada DAP, hingga jumlah ahli Melayu dalam DAP belum ramai. Kini, masa depan kita pasti akan berubah.

Pada masa yang sama, perlu ditanya: MCA itu kuda tunggangan UMNO atau UMNO kuda tunggangan MCA?

[Pemimpin-pemimpin tertinggi DAP sedar akan isu ini, di mana majoriti penduduk di Malaysia adalah melayu. Adalah menjadi cabaran yang besar buat mereka untuk meletakkan seseorang yang bukan berbangsa melayu sebagai Perdana Menteri, kerana sudah pasti keputusan ini akan ditolak ramai. Jadi, ya, tidak mustahil untuk orang melayu menjadi pemimpin di dalam parti DAP, dan tidak mustahil juga dengan bilangan pengikut melayu DAP yang sendikit, Perdana Menteri pilihan DAP masih seorang melayu. Persoalannya, adakah ini yang kita inginkan? Menjadi boneka kepada pihak tertentu.

Sebagai contoh, USA berjaya mengulingkan kerajaan Saddam Hussein di Iraq dan melantik seseorang dari pilihan mereka sebagai pemimpin di Iraq. Sila rujuk berita-berita terkini berkaitan dengan USA dan Iraq, dan anda akan faham bahawa Iraq sekarang secara tidak langsung, sudah dikawal oleh USA. Apa yang nak saya tunjukkan di dalam contoh ini ialah, jawatan Perdana Menteri, jawatan Menteri dan sebagainya tidak bermakna apa-apa jika kita hanyalah boneka yang dikawal oleh pihak tertentu.

Tidak mustahil juga jika saya katakan, satu hari nanti Perdana Menteri kita ialah seseorang dari kaum cina, kerana kebijaksanaan mereka di dalam menambat hati kaum majoriti (melayu). Inilah yang sedang berlaku di negara jiran kita, Singapura. Di mana, pemimpin-pemimpin mereka tidak akan terlibat dengan isu-isu sensitif seperti isu perkauman dan agama, menghormati semua agama, dan lain-lain. Itulah apa yang sedang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin muda DAP, dengan menjadikan kesilapan pemimpin-pemimpin lama mereka sebagai pengajaran.]


Benarkah DAP menjaga kepentingan Melayu di Pulau Pinang?

Sebelum PRU 2008, kita semua tidak akan tahu jika tidak diuji. Kini, pentadbiran Pulau Pinang termasuk kerajaan negeri-negeri Pakatan yang lain, adalah manifestasi kerajaan yang mendukung Perlembagaan dan menghormati Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Yang DiPertua Negeri masih kekal, jabatan dan agensi kerajaan kekal, kepentingan dan kedudukan semua kaum di Pulau Pinang tetap terpelihara. Pendek kata, tidak ada apa-apa perubahan dibuat untuk mengubah struktur pentadbiran negeri.

Yang baru dan amat berbeza adalah corak dan pendekatan pentadbiran. Ia kini lebih bersih, telus dan saksama dengan agihan ekonomi yang semakin adil. Maksudnya, semua ini boleh dilakukan sebelum 2008 tetapi tidak dilakukan oleh UMNO, Gerakan dan BN. Tetapi ia telah dilaksanakan oleh DAP dan Pakatan Rakyat. Ini adalah proses, dan proses adalah bukti nyata. Mana-mana ahli forensik sekali pun tidak mampu menyangkalnya. Jangan lupa, yang telah diuji pula telah gagal – UMNO.  Lihat sendiri track record mereka, dulu, kini dan selamanya – gagal.

[Ya, semestinya mereka tidak akan mengubah struktur pentadbiran negeri kerana tindakan sebegitu umpama menjolok sarang tebuan. Itu apa yang kita nampak pada zahirnya. Seperti yang telah saya cakapkan tadi, isu perkauman dan agama adalah sensitif, maka mereka akan berhati-hati dalam apa jua tindakan. Mereka tidak akan mengulangi kesilapan lama dan jugak kesilapan BN. Apa yang pasti, banyak perubahan telah berlaku di Pulau Pinang secara tersirat, yang tidak dapat dilihat secara zahirnya. Antaranya ialah isu tanah orang melayu - dimana banyak yang telah berpindah tangan ke orang lain, isu peniaga-peniaga yang terdiri daripada orang melayu - mereka mendapat kesukaran seperti kelulusan dan sebagainya berbanding pemerintahan BN sebelum ini, isu perumahan - di mana kos rumah di Pulau Pinang kini meningkat - antara agenda lain untuk mengusir golongan berpendapatan rendah (majoritinya melayu) keluar dari Pulau Pinang, dan banyak lagi.

Dalam isu peluang pekerjaan, jika diteliti secara zahirnya, banyak syarikat swasta bertaraf MNC di Pulau Pinang mempunyai jumlah peratusan pekerja melayu sebagai kaum yang tertinggi. Namun, adakah anda sedar, banyak pengurusnya adalah berbangsa cina?

Kenapa ini terjadi?


Sebenarnya, ramai pekerja melayu bekerja di syarikat-syarikat ini hanyalah sebagai orang bawahan (bukan professional), contohnya juru teknik dan operator.
Apa kata DAP tentang ini? "Melayu pemalas" adalah alasan yang kerap di dengar jika anda bekerja di syarikat swasta.]


Dengan adanya pemimpin Melayu didalam DAP, adakah ia akan merosakkan hubungan dalam Pakatan Rakyat?

UMNO hanya faham politik kaum. Pemimpin mereka ingat orang lain pun seperti mereka. Melayu letak dalam UMNO, Cina dalam MCA dan India dalam MIC. UMNO kata lompat, komponen-komponen BN lain tanya, berapa tinggi mahu lompat. Oleh kerana tidak faham atau pura-pura tidak faham, UMNO terus melaga-lagakan hubungan antara parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Itu kerja mereka. Bagi rakyat yang sudah celik – biarlah si Luncai terjun dengan labunya..biarkan. Hakikatnya, apa yang didukung oleh PKR, DAP dan PAS semuanya bersifat politik terbuka. Yakni rentas kaum, agama dan budaya. Ini perjuangan kemanusiaan. Semua ini menjadi dasar bersama PR yang kuat.


Benarkah DAP akan menjadikan negara ini negara Kristian? DAP mahu Perdana Menteri dari orang Cina?

Ini adalah dakyah terbesar UMNO-BN tahun ini. Mereka ibarat berkhayalkan pisang akan berbuah nangka. Dakyah ini menghina intelek masyarakat. Semata-mata mahu membangkitkan kemarahan orang Melayu, mereka telah mencipta berita palsu. Mereka ingat orang Melayu bodoh dan tidak faham Perlembagaan. Sedangkan UMNO bising melalak tentang Perlembagaan dan Islam sebagai agama Persekutuan. Tidak masuk akal langsung tuduhan itu.

Lagi satu, mungkin pemimpin dan ahli UMNO lupa bahawa pemimpin besar mereka Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menghalang sesiapa yang layak menjadi Perdana Menteri tanpa mengira kaum dan agama. Namun DAP adalah parti berprinsip yang menerima hakikat masyarakat, realiti politik bahawa orang Melayu dan Bumiputera ialah kaum majoriti di Malaysia. DAP dengan hati terbuka menerima Perdana Menteri dari kalangan orang Melayu dan Islam; syaratnya pemimpin yang jujur, ikhlas, bersih dan telus dan adil.

Malah apabila ada pemimpin UMNO yang cuba “cucuk” Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikatakan mahu menjadi Perdana Menteri, dengan senyum tenang, Presiden PAS itu menjelaskan beliau tidak berminat untuk memegang jawatan itu. Jelas, hanya UMNO yang gila kuasa dan tidak sanggup hilang dari kuasa yang membolehkan mereka membuat segala kebejatan.

Pemimpin UMNO selalu tuduh DAP, PAS dan PKR gila kuasa. Tapi rakyat sudah tahu kelentong dan tembelang UMNO.

[Sudah saya terangkan di atas.

Juga, ingin saya sampaikan sekali lagi. Mereka akan mengikut corak pemerintahan Singapura, di mana isu perkauman dan agama tidak akan didebatkan. Rakyat mempunyai hak mereka sendiri untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kaum dan agama - dengan ini, orang melayu akan berasa senang hati dan tidak akan masuk campur dalam urusan kerajaan, kerana segalanya disediakan. Namun, adakah ini sebenarnya kehidupan yang kita mahukan?]



Dan akhirnya…

Parti mana yang akan menjadi pembangkang yang ‘kuat’ di Malaysia?


Jawabnya ialah UMNO dan mana-mana komponen BN yang setia dengannya. Ini adalah kerana UMNO-BN yang paling kuat membangkang semua keperluan dan kehendak rakyat.

    * Rakyat mahu hapuskan tol, ia dibangkang ‘kuat’ oleh UMNO-BN
    * Rakyat mahu sistem pendidikan dirombak, UMNO-BN bangkang dengan’kuat’
    * Guru-guru mahu gaji, elaun dan pengurangan kerja pentadbiran untuk tumpu kepada mengajar, UMNO-BN bangkang dengan ‘kuat’
    * Wartawan, seniman dan mahasiswa mahukan kebebesan, UMNO-BN bangkang lagi ‘kuat’
    * Rakyat mahu negara berkebajikan, UMNO-BN tolak keras
    * Rakyat tidak mahu subsidi dikurangkan, UMNO-BN peduli apa kerana rakyat tidak sepenting kroni korporat mereka.

Oleh kerana hebat benar bangkangan UMNO dan BN terhadap aspirasi dan keperluan rakyat, maka elok sangat jika UMNO menjadi ketua pembangkang selepas PRU akan datang.

[Persaingan yang sihat boleh memajukan negara. Cabarannya, adakah mungkin kita dapat bersaing secara sihat? Bila BN memerintah, PKR ialah pembangkangnya dan bila PKR memerintah pula, sudah tentulah BN ialah pembangkangnya.]

----------------------------------------------------------------------------------------------------



Walau apapun, pastikan kita tidak ditipu dan dipermainkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu. Jangan kita lupa, ada pihak sebenarnya sedang bergelak ketawa melihat kita sesama melayu sedang berperang dan berbunuhan. Siapakah musuh kita sebenarnya? Apakah kita sebenarnya diperalatkan untuk keuntungan pihak tertentu? Berhenti seketika dan fikirkan tentang semua ini.

Pastikan lawan kita adalah lawan yang betul, kerana apa yang kita lakukan sekarang akan memberi kesan kepada keluarga, keturunan, agama, bangsa dan negara kita. Pandanglah ke hadapan, apakah yang kita harapkan nanti untuk anak cucu kita? Peperangan yang sama seperti ini? Atau kehidupan yang lebih baik dari apa yang kita lalui sekarang. Jangan kerana memenuhi hawa nafsu, kita sanggup gadaikan apa saja yang kita ada, termasuklah masa depan keluarga, agama, bangsa dan negara.

راهسيا - سدارلاه اجاما دان بانجثا مؤ د سرانج

Sumber: Orang Melayu tak sejahil sangkaan UMNO – oleh Muhammad Zir 

Namewee Mencabar Kerajaan Malaysia



Transkrip Video
Pada tahun 2009, Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak melaungkan "Satu Malaysia" bermaksud tiada perbezaan diantara satu kaum dengan kaum yang lain. Cuma hanya ada Satu Malaysia. Disebabkan slogan itu boleh dibacakan dengar lancar dan senang untuk diingati maka dengan pantasnya, telah meresap ke segenap sudut di Malaysia. (1)

Ramai usahawan memberi respon kepada slogan itu, ada yang menyokong dan ada juga yang mempersoalkannya. Tetapi bagi bukan bumiputera, kemungkinan agak sukar untuk memahami maksud yang sebenar disebalik slogan itu, lantaran itu penerimaan mereka agak sepi.

Saya mempunyai satu impian, iaitu menjadi pengarah filem. Sebagai seorang bukan bumiputera, pendekatan saya terhadap "Satu Malaysia" telah mencetuskan inspirasi untuk saya berkarya. (2)

Pada awal tahun 2010, saya telah memutuskan untuk menghasilkan sebuah filem tentang "Satu Malaysia".

March 2010

Bercerita tentang "Satu Malaysia" bagi kami ia umpama sesuatu yang tidak mungkin atau mustahil untuk dicapai. Ini adalah skrip satu cerita yang saya tulis sendiri dimana saya mahu menjadikan cerita ini sebagai sebuah filem. Pada tahun lepas, kerajaan telah memperuntukan dua juta ringgit untuk mengembangkan perfileman Malaysia. Dalam masa beberapa hari selepas temuramah ini, saya akan ke Finas untuk meminta permohonan tetapi semua rakan-rakan media saya menghalang saya untuk pergi kerana mereka mengatakan bahawa kaum cina tidak mungkin akan dapat permohonan ini. Peruntukan itu hanya untuk kaum melayu sahaja. Mereka menyuruh saya jangan bermimpi di siang hari tetapi saya tidak percaya.

Saya akan merakamkan segala perjalanan dan proses semasa di Finas. Saya mahu semua rakyat Malaysia saksikan adakah saya akan berjaya untuk mendapat permohonan itu atau tidak. Diharap pihak kerajaan tidak akan menghampakan kaum cina. Jangan biarkan "Satu Malaysia" hanya sebagai slogan sahaja. Harap-harap kerajaan akan menyokong saya, terima kasih. (3)

Dengan keresahan saya mengadakan sesi temuramah ini. Tujuan saya untuk membuktikan pada seluruh rakyat Malaysia iaitu sebagai seorang bukan bumiputera dapatkah saya menerima bantuan kewangan untuk filem saya? Pada pendapat saya sendiri, sebelum saya merakamkan filem "Satu Malaysia" harus saya buktikan bahawa benarkah wujud "Satu Malaysia". Adakah kerajaan akan menolong semua permohonan tanpa mengira kaum?

Tidak sampai seminggu selepas sesi temuramah tempoh hari saya membawa semua skrip dan dokumen yang telah dialih bahasa ke Finas. Perasaan saya sangat teruja sekali. Setibanya saya disini, apa yang saya perasan adalah semua poster filem yang ada disini adalah poster-poster filem melayu, rasanya macam banyak perkara yang negatif daripada positif, macam mana ni? Memang seperti yang disangka, saya dapati saya tidak menyediakan semuanya dengan lengkap. (4)

Mereka memberitahu pada saya yang setakat membawa skrip yang telah dialih bahasa sahaja tidak mencukupi. Dia memerlukan lebih banyak maklumat lagi dan dia juga telah memberi saya satu brosur tentang pengalakkan rakyat Malaysia merakamkan lebih banyak filem pendek. Harap-harap balik nanti saya akan isikan borang ini dan tengoklah macam mana nanti.

Seminggu kemudian, saya telah menyediakan bermacam-macam maklumat bak persediaan untuk lapan belas keturunan. Dengan megahnya saya pergi ke Finas.

Sebenarnya lokasi Finas sungguh senang (untuk di ingati). Ia betul-betul bersebelahan dengan Zoo Negara. Sini adalah Zoo Negara, sini adalah Finas, senang je. (5)

Setibanya saya di perkarangan, saya sedar yang wartawan-wartawan juga datang untuk membuat liputan. Senang hati saya bila apa yang saya lakukan selama ini mendapat perhatian. Tetapi ia juga tidak dapat menolak perasaan saya yang agak tertekan. (6)

Mulanya ingat datang sini hantar borang dan dokumen sahaja. Rupa-rupanya perkara yang tak diingini berlaku lagi.

Tepaksalah kena tunggu lagi, sebab masa kami datang serah borang semuanya dah lengkap. Masa tu baru sedar yang borang dah ubah, process pun dah ubah. Suka-suka hati je mereka ubah borang tu, jadi segala usaha kami pun sia-sia sahaja. Lepas tu kena tunggu dua minggu lagi baru dapat jawapan. Tetapi tak mengapa, kalau difikir dari sudut yang positif, mereka ubah borang agar segala proses lebih menyenangkan banyak pihak.

Wartawan menyerbu ke arah saya untuk menyoal beberapa soalan. Walaupun perasaan saya agak muram, tetapi setelah dijemput untuk menemubual, saya kibarkan juga semangat "Satu Malaysia".

Oleh kerana sebelum ini pernah dengar perlu melebihi 60% hingga 70% bahasa melayu (filem), barulah boleh lulus permohonan jadi sepanjang proses permohonan anda ada tak mengalami permintaan dan syarat yang sama?
Tidak kiralah bahasa apa yang anda cakap, jika anda pemegang kad pengenalan atau passport Malaysia, anda adalah orang malaysia, itu barulah "Satu Malaysia". Jadi kerajaan tidak mungkin tidak memberi saya merakam filem cina kerana bangsa cina juga banyak menyumbangkan kepada Malaysia, maka kerajaan sepatutnya dapat menilai. (7)

April, 2010

Menerusi pihak media, tentang saya mahu merakam filem turut sampai ke pengetahuan YB Heng, Timbalan Menteri Kebudayaan dan Seni Malaysia. Beliau memberitahu yang beliau mahu berjumpa dengan saya. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi. Saya meminjam kot dari kawan dan pergi bertemu beliau. YB Heng mencari orang yang berkenaan dalam Finas serta pihak "Data Kreativiti" dan kami mengadakan satu sesi perbincangan. Dengan jujurnya beliau memberitahu kandungan bahasa melayu di dalam filem itu haruslah 60% atau lebih, jadi beliau mahu saya mengalah. Selain itu, beliau memberitahu saya yang kerajaan ada memperuntukkan untuk "Dana Kreativiti" dan mahu saya memohonnya kerana ia tiada had bahasa. Mendengarnya sahaja sudah membuatkan saya rasa hampa kerana segala apa yang saya lakukan semuanya sia-sia. Dan saya harus bermula dari bawah semula. (8)

Selepas perbincangan itu, saya dikehendaki masuk ke bilik perbincangan yang lagi satu. Di dalam bilik itu dipenuhi dengan ramai wartawan. Rupanya YB telah mengadakan sesi temubual. Sepanjang sesi temubual itu, saya hanya diam seribu bahasa. Hanya YB sahaja yang bersuara selama hampir satu jam tanpa henti. (9)

Perasaan saya ialah, di Malaysia ni nak rakam sebuah filem bahasa cina memang sangat sukar. Banyak yang perlu diteliti, banyak yang perlu diselidik sampaikan pihak menteri kena tampilkan diri.

Selesai sesi tembual, dengan kehampaan saya meninggalkan Jabatan Kebudayaan dan Seni Malaysia. Apa yang buat saya rasa kesal bukan lah kerana saya harus bermula dari bawah semula tetapi rupanya khabar angin tentang Finas tidak memberikan peruntukan kepada filem cina tempatan adalah benar. Sebagai seorang rakyat bukan bumiputera, saya hanya mampu berharap yang "Dana Kreativiti" boleh memberi sinar harapan buat saya.

Nampaknya memang hebat, beberapa hari kemudian saya kembali ke Jabatan Kebudayaan dan Seni Malaysia kerana saya telah diberitahu yang pihak "Dana Kreativiti" ada perbincangan. Mulanya saya pergi kesana dengan perasaan teruja tetapi mereka pula membuat saya menunggu selama lima jam. Saya dah pergi ke tandas sebanyak 5 kali, 2 kali pergi makan, 2 kali tertidur akhirnya mereka memanggil kami. (10)

Eh? Dan sampai kita... jom.

Kami menghabiskan lima belas minit untuk menjelaskan kisah cerita ini yang menceritakan semangat "Satu Malaysia". Tetapi ini pula yang kami dengar mereka cakapkan.

Awak nak buat filem cina?
Ada banyak bahasa, tetapi kebanyakkan bahasa adalah bahasa cina. Lebih dari separuh adalah bahasa cina.
Itu bukan "Satu Malaysia". Ini tidak menepati konsep "Satu Malaysia" ok?
Terima kasih, terima kasih. (11)

May 2010

Selepas beberapa minggu kemudian, Jabatan Kebudayaan dan Seni Malaysia - YB Heng membuat persidangan tentang filem cina dan menjemput ramai pengarah cina serta pembikin filem cina ke Finas untuk membincangkan tentang penyelesaian masalah pengeluaran filem di Malaysia. Saya turut dijemput. (12)

Tetapi apa yang mengejutkan adalah tidak sampai seminggu selepas YB Heng mengadakan perbincangan itu, kerajaan telah membuat rombakkan menteri secara besar-besaran. Beliau tidak lagi berkuasa di Jabatan Kebudayaan dan Seni Malaysia. Segala yang berkaitan dengan filem cina termasuk permohonan "Dana Kreativiti" saya, tentang rancangan pergambaran tersebut turut terkubur begitu sahaja. (13)

Saya kemudiannya tidak putus-putus untuk menanya berita tentang Dana Kreativiti dan asyik berulang alik beberapa kali, tetapi pihak mereka asyik menunda perkara ini sehingga telah memakan masa selama lima bulan.

Oktober 2010

Akhirnya, pada Oktober 2010 saya telah menerima sepucuk surat dari pihak "Dana Kreativi" mengenai pinjaman dari bank BSN. Kandungan surat itu hanya memaklumkan pada saya yang mereka telah menolak untuk memberi pinjaman itu tetapi mereka tidak menyatakan sebab-sebabnya. Oleh itu saya membuat keputusan untuk pergi ke bank BSN untuk mendapatkan kepastian. (14)

Tak payahlah rakam. Kenapa?
Tak payah rakam.

Sebenarnya tadi, BSN tidak memberitahu alasan yang memuaskan. Mereka hanya memberitahu "pihak atasan tidak meluluskan". Siapakah pihak atasan itu? Memang membingungkan saya. Jadi saya cuba untuk bertanya pada bekas Jabatan Kebudayaan dan Seni Malaysia - YB Heng untuk memuaskan hari saya. Tetapi saya tidak lagi dapat berhubung dengan beliau lagi. (15)

Disebabkan rancangan untuk merakamkan filem ini, saya telah mengunakan masa hampir satu tahun ke merata tempat tetapi akhirnya semuanya hanya dipulangkan dengan kehampaan. Mungkin "saya rasa kecewa, kehampaan". Malaysia telah merdeka selama lima puluh tiga tahun takkan saya harus menerima nasib seperti mereka yang lain menerima ketidakadilan tetapi tetap berdiam diri, untuk melihat kebahagiaan orang lain? (16)

Dah tak boleh dah, saya dah tak ada cara lain dah, saya dah tak ada jalan lain.
Saya nak jumpa Perdana Menteri!

Saya masih yakin dengan prinsip perdana menteri tentang "Satu Malaysia", tetapi saya dah tiada jalan lain. Saya nak jumpa menteri, walaupun dengan apa cara sekali pun. Saya nak jumpa Perdana Menteri! (17)

Bersambung...


Analisa dan persoalan drama Namewee dalam mencabar kerajaan Malaysia
(sila rujuk nombor transkrip video di atas)


  1. Benarkah slogan "Satu Malaysia" banyak digunakan pada masa kini kerana boleh dibaca dengan lancar dan senang untuk di ingati? Kenyataan tersebut cukup untuk menunjukkan persepsi negatif Namewee terhadap konsep "Satu Malaysia". Filem yang ingin diarahkan Namewee bertajuk "Satu Malaysia", namun tidak pula diceritakan skrip filem tersebut. Apa yang pasti, pandangan negatif Namewee terhadap konsep "Satu Malaysia" sudah cukup membuktikan filemnya hanyalah satu boneka.

  2. Adakah bidang perfileman di Malaysia telah dipilih untuk diserang dengan cara yang tersirat?

  3. Namewee mencabar dengan mengunakan media sebagai alat serangan. Pengunaan media membantu memberi tekanan kepada kerajaan, disamping membantu menghebahkan isu ini kepada orang ramai sebagaimana telah ditunjukkan oleh Namewee menerusi drama ini.

  4. Kenyataan Namewee yang bersifat perkauman mengenai poster filem di Finas. Bagaimana seseorang yang bersifat perkauman boleh menyimpan hasrat untuk mengarah filem bertajuk "Satu Malaysia". Nyata sekali filemnya itu adalah satu boneka dan semua ini hanyalah komplot untuk menyerang.

  5. Adakah Namewee sebenarnya menyindir Finas secara tersirat mengunakan Zoo Negara (haiwan) sebagai kata sandaran?

  6. Media telah bersiap sedia, menunjukkan segalanya telah dirancang dengan baik.

  7. Penilaian bukanlah berdasarkan tentang kaum mana yang menyumbang kepada Malaysia. Setiap urusan di muka bumi ini mempunyai penilaian-pernilaian tertentu yang perlu diteliti.

  8. Campur tangan menteri, YB Heng, adakah membuktikan pembabitan orang-orang berpengaruh di dalam isu ini? Berapakah kemungkinan seseorang warga negara dengan mudahnya dapat bersemuka atau berurusan menerusi menteri, jika hubungannya tidak cukup kuat? Fikirkan.. bumiputera sendiri juga tidak mempunyai keisimewaan yang Namewee ada, mendapat sokongan dan campur tangan menteri.

  9. Lagi pengunaan media sebagai alat.

  10. Setiap kenyataan perlu berdasarkan fakta. Sesiapa saja mampu untuk berkata apa mengikut kehendak masing-masing. Hanya fakta yang akan membezakan pernyataan yang betul dan salah. Jujurnya, ramai juga orang lain (termasuk bumiputera) yang melalui pengalaman sebegitu bila berurusan dengan kerajaan (termasuk kerajaan negeri).

  11. Selepas mendengar jawapan tersebut, Namewee terus berputus asa dan tamatkan perbincangan bersama panel di Finas. Usahanya untuk menghasilkan filem tersebut cukup setakat itu - tanpa berusaha untuk terus mempertahankan atau membela produknya. Atau.. mungkinkah jawapan yang diterimanya sudah cukup untuk dijadikan bahan serangan dalam drama ini?

  12. Beberapa minggu kemudian, YB Heng sekali lagi masuk campur dengan mengadakan perbincangan dan menjemput pengarah dan penerbit berbangsa cina ke Finas.

  13. Rombakan dibuat pada waktu ini, antara sebabnya ialah untuk mengelak dan menangani gejala rasuah kakitangan kerajaan. Seseorang pemimpin, tidak kira bangsa dan agama, jika berada di sesuatu tempat terlalu lama, selalunya akan membawa kepada situasi yang binasa, dan antara puncanya ialah penglibatan diri dengan rasuah. Rombakan seperti ini menunjukkan usaha kerajaan untuk mengelak dan menangani gejala rasuah. Fikirkan, adakah jawatan tersebut dirombak kerana ada kaitannya dengan isu rasuah?

  14. Perbicaraan makamah seperti kemalangan jalan raya yang lebih serius daripada isu dana perfileman mampu memakan masa selama lebih 2 tahun. Apalah jika dibandingkan dengan respon kepada permohonan dana yang lewat selama 5 bulan?

  15. Adakah permohanan Namewee tentang dana perfileman diuruskan di cawangan kecil BSN seperti di dalam drama tersebut? Atau hanyalah lakonan semata-mata? Atau segalanya adalah lakonan semata-mata?

  16. Setiap orang tidak mengira bangsa dan agama terpaksa melalui pengalaman yang sama, melihat kebahagiaan orang lain yang lebih berjaya dari diri mereka. Namun, ia bergantung pada diri masing-masing untuk menilainya.

  17. Lagi pengunaan media untuk memberi tekanan, kali ini kepada Perdana Menteri. Jika begitu mudah Namewee mengugut untuk berjumpa Perdana Menteri, saya pasti ramai yang akan cuba mengunakan cara yang sama, dengan pengunaan YouTube dan media dan menyatakan isi hati mereka untuk bertemu Perdana Menteri.

Nota Kaki
  1. Jika benar Namewee ingin menghasilkan filemnya, soal modal dan wang ringgit tidak menjadi masalah kerana terdapat ramai pelabur dan orang-orang yang berpengaruh yang akan melabur di dalam filemnya. Jelas menunjukkan bidang perfileman Malaysia telah dipilih menjadi bahan serangan pihak tertentu.

  2. Komplot pastinya akan di susun dengan rapi bagi mengelak daripada terbabit dengan masalah yang boleh melibatkan penguatkuasa seperti polis, ISA dan sebagainya.

  3. Terbukti adanya penglibatan orang-orang yang berpengaruh seperti menteri dan lain-lain, menunjukkan keberanian dan semangat pihak tertentu di dalam menyerang. Apakah mungkin Namewee giat menerima sokongan dari orang-orang yang berpengaruh di dalam usahanya mencabar kerajaan Malaysia?

  4. Akan ada lebih banyak komplot sebegini untuk menjatuhkan kerajaan, agama dan bangsa, untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.

  5. Pastikan setiap informasi yang anda terima, dinilai dengan sebaiknya. Kecantikan luaran mampu menipu dan memesongkan kita.

  6. Akan datang: Siapakah Namewee?

  7. راهسيا - سدارلاه اجاما دان بانجثا مؤ د سرانج

Namewee bersama skrip filem 1Malaysia

YB Senator Heng Seai Kie

Sabtu, 11 Jun 2011

Lim Guan Eng - Tiada lagi tunggangan kuda di Batu Feringgi

Lim Guan Eng - Tiada lagi tunggangan kuda..

Lim Guan Eng - Menunggang kuda tidak lagi di benarkan di pantai Batu Feringgi, Pulau Pinang.

Keputusan itu di umumkan berikutan insiden yang berlaku pada 7 Jun, 2011 lalu di mana seorang kanak-kanak perempuan di tendang oleh seekor kuda yang berlaku di pantai Batu Feringgi. Turut di laporkan, insiden yang berlaku pada 30 April, 2011 di mana seorang pelancong dari Arab Saudi jatuh ketika menunggang kuda dan mengalami kecederaan ringan di kawasan yang sama.

Tunggangan kuda merupakan salah satu tarikan pelancongan terutamanya di kawasan pantai. Aktiviti ini banyak dijalankan di kawasan peranginan di luar negara kerana ia mampu menarik minat ramai untuk berekasi. Ia merupakan aktiviti yang selamat jika di uruskan dengan betul.

Kemalangan sering berlaku, namun dengan cara yang bijak kita berupaya untuk mengurangkan risiko. Adalah lebih baik untuk kita mengubah sesuatu yang negatif kepada sesuatu yang positif yang juga memberi manfaat kepada semua pihak - pengusaha, pelancong dan kerajaan.

Namun, tindakan negatif Lim Guan Eng untuk tidak membenarkan tungangan kuda membuktikan beliau tidak mampu berfikir panjang untuk mengubah perkara itu kepada peluang yang besar dan menguntungkan semua pihak.

Di tanya tentang permohonan pengusaha tunggangan kuda di kawasan tersebut untuk beroperasi di kawasan tertentu, Lim Guan Eng berkata perkara itu tidak mungkin kerana "kuda memerlukan kawasan yang besar untuk berkeliaran dan berlari".

Bagi mereka yang pernah ke Batu Feringgi, anda pasti tahu bahawa kawasan bukanlah satu masalah dalam isu ini. Terdapat banyak lagi kawasan tepi pantai di Batu Feringgi yang belum di usahakan. Dengan pengurusan yang betul, aktiviti tunggangan kuda ini mampu menarik lebih banyak pelancong untuk ke Batu Feringgi - seperti mana yang di praktikan di kawasan peranginan di luar negara.


Laporan terkini - 12 Jun, 2011
Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengambil tindakan positif untuk mengubal undang-undang dalam pelaksanaan aktiviti tunggangan kuda sebagai tarikan pelancong.

YB Datuk Sri Dr Ng Yen Yen berkata "Satu aktiviti yang popular dikalangan pelancong tidak sepatutnya diharamkan hanya kerana tiada sistem untuk menguruskannya".

Pada masa yang sama, kerajaan Pulau Pinang tetap bertegas untuk kekal dengan keputusannya dalam mengharamkan aktiviti tersebut dan akan beroperasi untuk merampas kuda-kuda di tepi pantai.


Sumber:
Lim wants horses off beach 
Ministry to draft horse-riding rules