Namewee Mencabar Kerajaan Malaysia
1. Dalam episod kedua ini, Namewee menyatakan tajuk filemnya ialah Nasi Lemak 2.0. Tidak pula di sebut tentang Nasi Lemak 2.0 di dalam episod pertama. Mungkin Namewee baru mendapat ilham tentang tajuk filemnya.
2. Dimanakah sumber yang menyatakan berbilion ringgit telah diperuntukan untuk dana industri filem Malaysia? Ramai yang ingin memohonnya.
3. Namewee berkata ada seorang pelabur yang baik hati sudi melabur dalam filemnya memandangkan dia tidak berjaya mendapat peruntukkan daripada Finas. Seperti yang di jangka, adalah mustahil jika dia tidak dapat mencari sesiapa untuk melabur dalam filemnya. Walau tiada pelabur sekali pun, Namewee boleh memohon pinjaman melalui bank. Terbukti, semua ini hanyalah kerja kotor Namewee dan sesetengah pihak untuk mencabar kerajaan Malaysia.
4. Katanya, kerana modal yang terbatas, dia perlu menulis skrip sendiri, mengarah filem sendiri dan berlakon sendiri. Dalam episod pertama lagi sudah diketahui bahawa skrip itu ditulisnya sendiri, dan akan diarahnya sendiri, dan tentunya akan dilakonkan sendiri, kerana Namewee ialah seorang artis yang serba boleh. Kata-katanya itu hanyalah bertujuan untuk mendapatkan belas kasihan.
5. Semua krew filemnya adalah berbangsa cina, adakah ini maksud filem "Satu Malaysia" bagi Namewee?
6. Diselitkan juga di dalam video tentang kumpulan yang menentang Namewee. Adakah Namewee idola yang baik untuk konsep "Satu Malaysia"?
7. Namewee mempersoal tentang kemungkinan filemnya tidak akan ditayangkan di pawagam. Mungkin dia tidak sedar, banyak sebenarnya filem-filem yang dihasilkan di Malaysia yang tidak ditayangkan di pawagam atas sebab-sebab tertentu. Semua pihak menerima keputusan ini. Namun, adakah Namewee mampu menerima jika filemnya tidak berjaya ditayangkan di pawagam? Apa kata jika ditayangkan saja di Youtube?
8. Namewee menyampaikan pesanan kepada Perdana Menteri.
"Apa khabar Perdana Menteri, saya adalah Namewee. Saya telah menyiapkan filem pertama saya <<Nasi Lemak 2.0>>. Tetapi seluruh perjalanan penggambaran saya tidak menggunakan walau satu sen pun duit kerajaan. Sekarang ini filem <<Nasi Lemak 2.0>> ini telah berada dalam tangan saya. Saya mahu bawa filem ini ke Jabatan Perdana Menteri untuk berjumpa dengan Dato Seri. Adakah Dato Seri sudi berjumpa dengan saya?
Selain itu, saya telah membuat satu lagu untuk dihadiahkan kepada Dato Seri. Harap-harap selepas Dato Seri mendengar lagu ini, Dato Seri dapat menyelami perasaan perjuangan saya dalam setahun ini. Macam tu lah datangnya ilham saya.."
Selain itu, saya telah membuat satu lagu untuk dihadiahkan kepada Dato Seri. Harap-harap selepas Dato Seri mendengar lagu ini, Dato Seri dapat menyelami perasaan perjuangan saya dalam setahun ini. Macam tu lah datangnya ilham saya.."
Namewee, untuk pengetahuan anda, ramai rakyat Malaysia yang bangun dari tidur, makan, belajar, kerja dan sebagainya tanpa mengunakan wang kerajaan. Adakah ini contoh pemikiran seorang yang matang, yang mengharapkan wang kerajaan untuk dapatkan apa yang diingini?
Dan sejak bila pula Perdana Menteri bertugas untuk meluluskan filem di Malaysia?
Inilah sikap orang yang tiada rasa hormat kepada negara sendiri (tetapi tidak malu untuk mengaku sebagai rakyat Malaysia) dan angkuh dengan kebodohan sendiri sehingga mampu untuk bertindak tanpa mengira prosedur yang sedia ada. Atau dengan maksud lainnya, Namewee dalam episod ini sebenarnya mencabar Perdana Menteri menggunakan filemnya.
![]() |
| Namewee bersama skrip yang kononnya bertajuk "1 Malaysia", yang kini dikenali pula sebagai "<<Nasi Lemak 2.0>>" |
Kami menunggu episod seterusnya dari Namewee :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kami mengalukan sebarang ulasan untuk nukilan ini.