Transkrip Video
Pada tahun 2009, Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak melaungkan "Satu Malaysia" bermaksud tiada perbezaan diantara satu kaum dengan kaum yang lain. Cuma hanya ada Satu Malaysia. Disebabkan slogan itu boleh dibacakan dengar lancar dan senang untuk diingati maka dengan pantasnya, telah meresap ke segenap sudut di Malaysia. (1)
Ramai usahawan memberi respon kepada slogan itu, ada yang menyokong dan ada juga yang mempersoalkannya. Tetapi bagi bukan bumiputera, kemungkinan agak sukar untuk memahami maksud yang sebenar disebalik slogan itu, lantaran itu penerimaan mereka agak sepi.
Saya mempunyai satu impian, iaitu menjadi pengarah filem. Sebagai seorang bukan bumiputera, pendekatan saya terhadap "Satu Malaysia" telah mencetuskan inspirasi untuk saya berkarya. (2)
Pada awal tahun 2010, saya telah memutuskan untuk menghasilkan sebuah filem tentang "Satu Malaysia".
March 2010
Bercerita tentang "Satu Malaysia" bagi kami ia umpama sesuatu yang tidak mungkin atau mustahil untuk dicapai. Ini adalah skrip satu cerita yang saya tulis sendiri dimana saya mahu menjadikan cerita ini sebagai sebuah filem. Pada tahun lepas, kerajaan telah memperuntukan dua juta ringgit untuk mengembangkan perfileman Malaysia. Dalam masa beberapa hari selepas temuramah ini, saya akan ke Finas untuk meminta permohonan tetapi semua rakan-rakan media saya menghalang saya untuk pergi kerana mereka mengatakan bahawa kaum cina tidak mungkin akan dapat permohonan ini. Peruntukan itu hanya untuk kaum melayu sahaja. Mereka menyuruh saya jangan bermimpi di siang hari tetapi saya tidak percaya.
Saya akan merakamkan segala perjalanan dan proses semasa di Finas. Saya mahu semua rakyat Malaysia saksikan adakah saya akan berjaya untuk mendapat permohonan itu atau tidak. Diharap pihak kerajaan tidak akan menghampakan kaum cina. Jangan biarkan "Satu Malaysia" hanya sebagai slogan sahaja. Harap-harap kerajaan akan menyokong saya, terima kasih. (3)
Dengan keresahan saya mengadakan sesi temuramah ini. Tujuan saya untuk membuktikan pada seluruh rakyat Malaysia iaitu sebagai seorang bukan bumiputera dapatkah saya menerima bantuan kewangan untuk filem saya? Pada pendapat saya sendiri, sebelum saya merakamkan filem "Satu Malaysia" harus saya buktikan bahawa benarkah wujud "Satu Malaysia". Adakah kerajaan akan menolong semua permohonan tanpa mengira kaum?
Tidak sampai seminggu selepas sesi temuramah tempoh hari saya membawa semua skrip dan dokumen yang telah dialih bahasa ke Finas. Perasaan saya sangat teruja sekali. Setibanya saya disini, apa yang saya perasan adalah semua poster filem yang ada disini adalah poster-poster filem melayu, rasanya macam banyak perkara yang negatif daripada positif, macam mana ni? Memang seperti yang disangka, saya dapati saya tidak menyediakan semuanya dengan lengkap. (4)
Mereka memberitahu pada saya yang setakat membawa skrip yang telah dialih bahasa sahaja tidak mencukupi. Dia memerlukan lebih banyak maklumat lagi dan dia juga telah memberi saya satu brosur tentang pengalakkan rakyat Malaysia merakamkan lebih banyak filem pendek. Harap-harap balik nanti saya akan isikan borang ini dan tengoklah macam mana nanti.
Seminggu kemudian, saya telah menyediakan bermacam-macam maklumat bak persediaan untuk lapan belas keturunan. Dengan megahnya saya pergi ke Finas.
Sebenarnya lokasi Finas sungguh senang (untuk di ingati). Ia betul-betul bersebelahan dengan Zoo Negara. Sini adalah Zoo Negara, sini adalah Finas, senang je. (5)
Setibanya saya di perkarangan, saya sedar yang wartawan-wartawan juga datang untuk membuat liputan. Senang hati saya bila apa yang saya lakukan selama ini mendapat perhatian. Tetapi ia juga tidak dapat menolak perasaan saya yang agak tertekan. (6)
Mulanya ingat datang sini hantar borang dan dokumen sahaja. Rupa-rupanya perkara yang tak diingini berlaku lagi.
Tepaksalah kena tunggu lagi, sebab masa kami datang serah borang semuanya dah lengkap. Masa tu baru sedar yang borang dah ubah, process pun dah ubah. Suka-suka hati je mereka ubah borang tu, jadi segala usaha kami pun sia-sia sahaja. Lepas tu kena tunggu dua minggu lagi baru dapat jawapan. Tetapi tak mengapa, kalau difikir dari sudut yang positif, mereka ubah borang agar segala proses lebih menyenangkan banyak pihak.
Wartawan menyerbu ke arah saya untuk menyoal beberapa soalan. Walaupun perasaan saya agak muram, tetapi setelah dijemput untuk menemubual, saya kibarkan juga semangat "Satu Malaysia".
Oleh kerana sebelum ini pernah dengar perlu melebihi 60% hingga 70% bahasa melayu (filem), barulah boleh lulus permohonan jadi sepanjang proses permohonan anda ada tak mengalami permintaan dan syarat yang sama?
Tidak kiralah bahasa apa yang anda cakap, jika anda pemegang kad pengenalan atau passport Malaysia, anda adalah orang malaysia, itu barulah "Satu Malaysia". Jadi kerajaan tidak mungkin tidak memberi saya merakam filem cina kerana bangsa cina juga banyak menyumbangkan kepada Malaysia, maka kerajaan sepatutnya dapat menilai. (7)
April, 2010
Menerusi pihak media, tentang saya mahu merakam filem turut sampai ke pengetahuan YB Heng, Timbalan Menteri Kebudayaan dan Seni Malaysia. Beliau memberitahu yang beliau mahu berjumpa dengan saya. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi. Saya meminjam kot dari kawan dan pergi bertemu beliau. YB Heng mencari orang yang berkenaan dalam Finas serta pihak "Data Kreativiti" dan kami mengadakan satu sesi perbincangan. Dengan jujurnya beliau memberitahu kandungan bahasa melayu di dalam filem itu haruslah 60% atau lebih, jadi beliau mahu saya mengalah. Selain itu, beliau memberitahu saya yang kerajaan ada memperuntukkan untuk "Dana Kreativiti" dan mahu saya memohonnya kerana ia tiada had bahasa. Mendengarnya sahaja sudah membuatkan saya rasa hampa kerana segala apa yang saya lakukan semuanya sia-sia. Dan saya harus bermula dari bawah semula. (8)
Selepas perbincangan itu, saya dikehendaki masuk ke bilik perbincangan yang lagi satu. Di dalam bilik itu dipenuhi dengan ramai wartawan. Rupanya YB telah mengadakan sesi temubual. Sepanjang sesi temubual itu, saya hanya diam seribu bahasa. Hanya YB sahaja yang bersuara selama hampir satu jam tanpa henti. (9)
Perasaan saya ialah, di Malaysia ni nak rakam sebuah filem bahasa cina memang sangat sukar. Banyak yang perlu diteliti, banyak yang perlu diselidik sampaikan pihak menteri kena tampilkan diri.
Selesai sesi tembual, dengan kehampaan saya meninggalkan Jabatan Kebudayaan dan Seni Malaysia. Apa yang buat saya rasa kesal bukan lah kerana saya harus bermula dari bawah semula tetapi rupanya khabar angin tentang Finas tidak memberikan peruntukan kepada filem cina tempatan adalah benar. Sebagai seorang rakyat bukan bumiputera, saya hanya mampu berharap yang "Dana Kreativiti" boleh memberi sinar harapan buat saya.
Nampaknya memang hebat, beberapa hari kemudian saya kembali ke Jabatan Kebudayaan dan Seni Malaysia kerana saya telah diberitahu yang pihak "Dana Kreativiti" ada perbincangan. Mulanya saya pergi kesana dengan perasaan teruja tetapi mereka pula membuat saya menunggu selama lima jam. Saya dah pergi ke tandas sebanyak 5 kali, 2 kali pergi makan, 2 kali tertidur akhirnya mereka memanggil kami. (10)
Eh? Dan sampai kita... jom.
Kami menghabiskan lima belas minit untuk menjelaskan kisah cerita ini yang menceritakan semangat "Satu Malaysia". Tetapi ini pula yang kami dengar mereka cakapkan.
Awak nak buat filem cina?
Ada banyak bahasa, tetapi kebanyakkan bahasa adalah bahasa cina. Lebih dari separuh adalah bahasa cina.
Itu bukan "Satu Malaysia". Ini tidak menepati konsep "Satu Malaysia" ok?
Terima kasih, terima kasih. (11)
May 2010
Selepas beberapa minggu kemudian, Jabatan Kebudayaan dan Seni Malaysia - YB Heng membuat persidangan tentang filem cina dan menjemput ramai pengarah cina serta pembikin filem cina ke Finas untuk membincangkan tentang penyelesaian masalah pengeluaran filem di Malaysia. Saya turut dijemput. (12)
Tetapi apa yang mengejutkan adalah tidak sampai seminggu selepas YB Heng mengadakan perbincangan itu, kerajaan telah membuat rombakkan menteri secara besar-besaran. Beliau tidak lagi berkuasa di Jabatan Kebudayaan dan Seni Malaysia. Segala yang berkaitan dengan filem cina termasuk permohonan "Dana Kreativiti" saya, tentang rancangan pergambaran tersebut turut terkubur begitu sahaja. (13)
Saya kemudiannya tidak putus-putus untuk menanya berita tentang Dana Kreativiti dan asyik berulang alik beberapa kali, tetapi pihak mereka asyik menunda perkara ini sehingga telah memakan masa selama lima bulan.
Oktober 2010
Akhirnya, pada Oktober 2010 saya telah menerima sepucuk surat dari pihak "Dana Kreativi" mengenai pinjaman dari bank BSN. Kandungan surat itu hanya memaklumkan pada saya yang mereka telah menolak untuk memberi pinjaman itu tetapi mereka tidak menyatakan sebab-sebabnya. Oleh itu saya membuat keputusan untuk pergi ke bank BSN untuk mendapatkan kepastian. (14)
Tak payahlah rakam. Kenapa?
Tak payah rakam.
Sebenarnya tadi, BSN tidak memberitahu alasan yang memuaskan. Mereka hanya memberitahu "pihak atasan tidak meluluskan". Siapakah pihak atasan itu? Memang membingungkan saya. Jadi saya cuba untuk bertanya pada bekas Jabatan Kebudayaan dan Seni Malaysia - YB Heng untuk memuaskan hari saya. Tetapi saya tidak lagi dapat berhubung dengan beliau lagi. (15)
Disebabkan rancangan untuk merakamkan filem ini, saya telah mengunakan masa hampir satu tahun ke merata tempat tetapi akhirnya semuanya hanya dipulangkan dengan kehampaan. Mungkin "saya rasa kecewa, kehampaan". Malaysia telah merdeka selama lima puluh tiga tahun takkan saya harus menerima nasib seperti mereka yang lain menerima ketidakadilan tetapi tetap berdiam diri, untuk melihat kebahagiaan orang lain? (16)
Dah tak boleh dah, saya dah tak ada cara lain dah, saya dah tak ada jalan lain.
Saya nak jumpa Perdana Menteri!
Saya masih yakin dengan prinsip perdana menteri tentang "Satu Malaysia", tetapi saya dah tiada jalan lain. Saya nak jumpa menteri, walaupun dengan apa cara sekali pun. Saya nak jumpa Perdana Menteri! (17)
Bersambung...
Analisa dan persoalan drama Namewee dalam mencabar kerajaan Malaysia
(sila rujuk nombor transkrip video di atas)
- Benarkah slogan "Satu Malaysia" banyak digunakan pada masa kini kerana boleh dibaca dengan lancar dan senang untuk di ingati? Kenyataan tersebut cukup untuk menunjukkan persepsi negatif Namewee terhadap konsep "Satu Malaysia". Filem yang ingin diarahkan Namewee bertajuk "Satu Malaysia", namun tidak pula diceritakan skrip filem tersebut. Apa yang pasti, pandangan negatif Namewee terhadap konsep "Satu Malaysia" sudah cukup membuktikan filemnya hanyalah satu boneka.
- Adakah bidang perfileman di Malaysia telah dipilih untuk diserang dengan cara yang tersirat?
- Namewee mencabar dengan mengunakan media sebagai alat serangan. Pengunaan media membantu memberi tekanan kepada kerajaan, disamping membantu menghebahkan isu ini kepada orang ramai sebagaimana telah ditunjukkan oleh Namewee menerusi drama ini.
- Kenyataan Namewee yang bersifat perkauman mengenai poster filem di Finas. Bagaimana seseorang yang bersifat perkauman boleh menyimpan hasrat untuk mengarah filem bertajuk "Satu Malaysia". Nyata sekali filemnya itu adalah satu boneka dan semua ini hanyalah komplot untuk menyerang.
- Adakah Namewee sebenarnya menyindir Finas secara tersirat mengunakan Zoo Negara (haiwan) sebagai kata sandaran?
- Media telah bersiap sedia, menunjukkan segalanya telah dirancang dengan baik.
- Penilaian bukanlah berdasarkan tentang kaum mana yang menyumbang kepada Malaysia. Setiap urusan di muka bumi ini mempunyai penilaian-pernilaian tertentu yang perlu diteliti.
- Campur tangan menteri, YB Heng, adakah membuktikan pembabitan orang-orang berpengaruh di dalam isu ini? Berapakah kemungkinan seseorang warga negara dengan mudahnya dapat bersemuka atau berurusan menerusi menteri, jika hubungannya tidak cukup kuat? Fikirkan.. bumiputera sendiri juga tidak mempunyai keisimewaan yang Namewee ada, mendapat sokongan dan campur tangan menteri.
- Lagi pengunaan media sebagai alat.
- Setiap kenyataan perlu berdasarkan fakta. Sesiapa saja mampu untuk berkata apa mengikut kehendak masing-masing. Hanya fakta yang akan membezakan pernyataan yang betul dan salah. Jujurnya, ramai juga orang lain (termasuk bumiputera) yang melalui pengalaman sebegitu bila berurusan dengan kerajaan (termasuk kerajaan negeri).
- Selepas mendengar jawapan tersebut, Namewee terus berputus asa dan tamatkan perbincangan bersama panel di Finas. Usahanya untuk menghasilkan filem tersebut cukup setakat itu - tanpa berusaha untuk terus mempertahankan atau membela produknya. Atau.. mungkinkah jawapan yang diterimanya sudah cukup untuk dijadikan bahan serangan dalam drama ini?
- Beberapa minggu kemudian, YB Heng sekali lagi masuk campur dengan mengadakan perbincangan dan menjemput pengarah dan penerbit berbangsa cina ke Finas.
- Rombakan dibuat pada waktu ini, antara sebabnya ialah untuk mengelak dan menangani gejala rasuah kakitangan kerajaan. Seseorang pemimpin, tidak kira bangsa dan agama, jika berada di sesuatu tempat terlalu lama, selalunya akan membawa kepada situasi yang binasa, dan antara puncanya ialah penglibatan diri dengan rasuah. Rombakan seperti ini menunjukkan usaha kerajaan untuk mengelak dan menangani gejala rasuah. Fikirkan, adakah jawatan tersebut dirombak kerana ada kaitannya dengan isu rasuah?
- Perbicaraan makamah seperti kemalangan jalan raya yang lebih serius daripada isu dana perfileman mampu memakan masa selama lebih 2 tahun. Apalah jika dibandingkan dengan respon kepada permohonan dana yang lewat selama 5 bulan?
- Adakah permohanan Namewee tentang dana perfileman diuruskan di cawangan kecil BSN seperti di dalam drama tersebut? Atau hanyalah lakonan semata-mata? Atau segalanya adalah lakonan semata-mata?
- Setiap orang tidak mengira bangsa dan agama terpaksa melalui pengalaman yang sama, melihat kebahagiaan orang lain yang lebih berjaya dari diri mereka. Namun, ia bergantung pada diri masing-masing untuk menilainya.
- Lagi pengunaan media untuk memberi tekanan, kali ini kepada Perdana Menteri. Jika begitu mudah Namewee mengugut untuk berjumpa Perdana Menteri, saya pasti ramai yang akan cuba mengunakan cara yang sama, dengan pengunaan YouTube dan media dan menyatakan isi hati mereka untuk bertemu Perdana Menteri.
Nota Kaki
- Jika benar Namewee ingin menghasilkan filemnya, soal modal dan wang ringgit tidak menjadi masalah kerana terdapat ramai pelabur dan orang-orang yang berpengaruh yang akan melabur di dalam filemnya. Jelas menunjukkan bidang perfileman Malaysia telah dipilih menjadi bahan serangan pihak tertentu.
- Komplot pastinya akan di susun dengan rapi bagi mengelak daripada terbabit dengan masalah yang boleh melibatkan penguatkuasa seperti polis, ISA dan sebagainya.
- Terbukti adanya penglibatan orang-orang yang berpengaruh seperti menteri dan lain-lain, menunjukkan keberanian dan semangat pihak tertentu di dalam menyerang. Apakah mungkin Namewee giat menerima sokongan dari orang-orang yang berpengaruh di dalam usahanya mencabar kerajaan Malaysia?
- Akan ada lebih banyak komplot sebegini untuk menjatuhkan kerajaan, agama dan bangsa, untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
- Pastikan setiap informasi yang anda terima, dinilai dengan sebaiknya. Kecantikan luaran mampu menipu dan memesongkan kita.
- Akan datang: Siapakah Namewee?
- راهسيا - سدارلاه اجاما دان بانجثا مؤ د سرانج
![]() |
| Namewee bersama skrip filem 1Malaysia |
![]() | |
| YB Senator Heng Seai Kie |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kami mengalukan sebarang ulasan untuk nukilan ini.