![]() |
| Lim Guan Eng - Tiada lagi tunggangan kuda.. |
Lim Guan Eng - Menunggang kuda tidak lagi di benarkan di pantai Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Keputusan itu di umumkan berikutan insiden yang berlaku pada 7 Jun, 2011 lalu di mana seorang kanak-kanak perempuan di tendang oleh seekor kuda yang berlaku di pantai Batu Feringgi. Turut di laporkan, insiden yang berlaku pada 30 April, 2011 di mana seorang pelancong dari Arab Saudi jatuh ketika menunggang kuda dan mengalami kecederaan ringan di kawasan yang sama.
Tunggangan kuda merupakan salah satu tarikan pelancongan terutamanya di kawasan pantai. Aktiviti ini banyak dijalankan di kawasan peranginan di luar negara kerana ia mampu menarik minat ramai untuk berekasi. Ia merupakan aktiviti yang selamat jika di uruskan dengan betul.
Kemalangan sering berlaku, namun dengan cara yang bijak kita berupaya untuk mengurangkan risiko. Adalah lebih baik untuk kita mengubah sesuatu yang negatif kepada sesuatu yang positif yang juga memberi manfaat kepada semua pihak - pengusaha, pelancong dan kerajaan.
Namun, tindakan negatif Lim Guan Eng untuk tidak membenarkan tungangan kuda membuktikan beliau tidak mampu berfikir panjang untuk mengubah perkara itu kepada peluang yang besar dan menguntungkan semua pihak.
Di tanya tentang permohonan pengusaha tunggangan kuda di kawasan tersebut untuk beroperasi di kawasan tertentu, Lim Guan Eng berkata perkara itu tidak mungkin kerana "kuda memerlukan kawasan yang besar untuk berkeliaran dan berlari".
Bagi mereka yang pernah ke Batu Feringgi, anda pasti tahu bahawa kawasan bukanlah satu masalah dalam isu ini. Terdapat banyak lagi kawasan tepi pantai di Batu Feringgi yang belum di usahakan. Dengan pengurusan yang betul, aktiviti tunggangan kuda ini mampu menarik lebih banyak pelancong untuk ke Batu Feringgi - seperti mana yang di praktikan di kawasan peranginan di luar negara.
Laporan terkini - 12 Jun, 2011
Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengambil tindakan positif untuk mengubal undang-undang dalam pelaksanaan aktiviti tunggangan kuda sebagai tarikan pelancong.
YB Datuk Sri Dr Ng Yen Yen berkata "Satu aktiviti yang popular dikalangan pelancong tidak sepatutnya diharamkan hanya kerana tiada sistem untuk menguruskannya".
Pada masa yang sama, kerajaan Pulau Pinang tetap bertegas untuk kekal dengan keputusannya dalam mengharamkan aktiviti tersebut dan akan beroperasi untuk merampas kuda-kuda di tepi pantai.
Sumber:
Lim wants horses off beach
Ministry to draft horse-riding rules

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kami mengalukan sebarang ulasan untuk nukilan ini.