![]() |
| Bersih 2.0 - Analisa dan Kebenarannya (Bahagian 1) |
Apakah erti sebenar perhimpunan Bersih 2.0?
1. Perhimpunan Bersih 2.0 yang berlalu tidak memperjuangkan 8 tuntutan Bersih 2.0.
Sebagai rakyat yang mampu berfikir secara matang, kita semua seharusnya sedar bahawa rusuhan atau perhimpunan seperti ini tidak langsung mendatangkan hasil yang positif bagi menyelesaikan masalah. Benarkah perhimpunan sebegini wajar dijadikan cara untuk menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat tertentu? Hal seperti ini memerlukan perbincangan damai di antara pihak-pihak yang terlibat, bukannya melalui rusuhan dan tunjuk perasaan.Kita dapat lihat bahawa setiap krisis atau isu yang bangkit di antara pihak tertentu di dunia ini termasuklah isu di antara negara, parti politik dan organisasi perlu di bawa berbincang secara damai - jika benar kita ingin mencapai matlamat tertentu, walaupun proses ini memakan masa. Rusuhan, perhimpunan haram dan hasutan tidak langsung membantu di dalam menyelesaikan krisis, bahkan membawa lebih banyak impak-impak yang negatif kepada semua.
![]() |
| Barisan pemimpin Bersih dan parti politik yang menyokongnya |
Dengan cara ini, mereka sebenarnya menggunakan rakyat untuk menentang kerajaan. Mereka sedar, hanya rakyat yang mampu menjatuhkan kerajaan dan seterusnya memberi mereka peluang untuk menjadi pemerintah. Mereka memilih jalan ini untuk menyemarakkan lagi perasaan benci rakyat dan menjatuhkan kerajaan, walaupun cara yang sebenarnya untuk menang ialah melalui pilihan raya umum. Di dalam hal ini, rakyat yang naif menjadi telah menjadi mangsa kepada pihak-pihak tertentu.
2. Mempergunakan rakyat sebagai alat untuk menentang kerajaan.
Sedarkan anda bahawa rakyat telah dipergunakan sebagai alat di dalam perhimpunan Bersih 2.0 ini? Apa yang lebih sedih, sedarkah anda, majoriti daripada yang hadir di perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah mereka yang beragama Islam?
![]() |
| Semangat juang umat Islam - namun tidak digunakan dengan betul. |
| Antara saudara seagama kita yang ditangkap. Renungkan kesan terhadap keluarganya. |
![]() |
| Perjuangan atau hawa nafsu? |
Umat Islam, yang majoritinya kaum melayu di negara ini sebenarnya mempunyai satu semangat yang digeruni oleh penganut agama lain. Semangat ini hanya hadir di dalam diri kita, umat Islam, kerana kita telah diajar dari kecil lagi untuk melakukan kebaikan dan menentang kejahatan. Semangat ini sangat digeruni oleh penganut agama lain kerana kita mampu melakukan apa saja - termasuk mengadaikan nyawa. Setiap orang Islam sanggup mengadaikan nyawa mereka demi Islam tanpa rasa sangsi - mampukah mereka yang bukan Islam melakukan benda yang sama? TIDAK. Apa yang paling digeruni oleh bangsa cina? MATI.
![]() |
| DAP - Dalang disebalik perhimpunan Bersih 2.0? |
Namun, hanya segilintir daripada kita yang sedar, sebenarnya kelebihan yang kita ada ini telah dipergunakan oleh pihak tertentu menerusi perhimpunan tersebut. Buktinya, banyak pemimpin-pemimpin bukan Islam (DAP dan sebagainya) yang bersuara lantang di media bercakap mengenai perhimpunan ini, tidak turut serta bersama yang lain! Banyak pemimpin dan rakyat yang ditangkap pada hari tersebut bukan dari golongan mereka tetapi adalah kaum melayu kita yang turut di hadiri oleh anak muda dan pelajar. Mereka sanggup bertindak secara ekstrem mengikut nafsu dan perasaan. Lihatlah bagaimana pihak-pihak tertentu ini menyuntik elemen negatif kepada masyarakat kita.
Mereka sebenarnya berfikir dengan lebih bijak - adalah merugikan diri sendiri jika mereka turut serta di dalam perhimpunan ini kerana ada kemungkinannya mereka akan dicederakan, ditangkap dan sebagainya. Ini merugikan masa dan juga wang ringgit. Jadi, apa kata mereka hantar saja orang lain untuk membuat rusuhan - dan mangsanya ialah orang Islam, yang majoritinya melayu, yang majoritinya daripada parti PAS dan juga KEADILAN. Mereka telah memilih cara yang lebih selamat - dengan melalukan perhimpunan di tempat yang lebih selamat dan sebagainya. Renungkan, di mana pemimpin-pemimpin kafir ini semasa perhimpunan tersebut? Kita dapat lihat melalui media termasuk Intenet, betapa ramainya orang cina dan pemimpin DAP yang menyatakan sokongan kepada perhimpunan Bersih tetapi tidak berani turut serta di hari tersebut. Malangnya, ramai antara kita yang tidak sedar akan hal ini.
Pada hari 9 Julai 2011 juga, DAP telah menyiapkan video yang menunjukkan mereka (yang majoritinya kaum cina) turut melakukan perhimpunan. Apakah matlamat mereka - sehingga cepat menyediakan video seperti ini? Sebenarnya hanya untuk membuktikan ada juga daripada mereka turut serta di dalam perhimpunan tersebut. Tetapi, di mana permimpin-permimpin tertinggi mereka pada ketika ini? Mengapa Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak turut ditangkap bersama pemimpin-pemimpin yang lain?
![]() |
| Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sibuk mengatur langkah |
3. Untuk mendapatkan perhatian seluruh dunia mengenai perjuangan mereka menentang kerajaan.
Antara motif utama perhimpunan Bersih 2.0 diadakan adalah untuk menarik perhatian seluruh dunia terutamanya media antarabangsa mengenai perjuangan parti pembangkang di dalam menentang kerajaan Malaysia. Perhimpunan atau rusuhan seperti ini merupakan cara terbaik di dalam menjatuhkan imej kerajaan Malaysia di mata dunia. Jika kita lihat, cara ini terbukti berkesan sepertimana yang telah dipraktikan di negara lain seperti Thailand, Mesir dan sebagainya. Ini adalah strategi pihak pembangkang di dalam menjatuhkan kerajaan - dan di dalam proses ini, rakyat dipergunakan sebagai alat untuk mencapai matlamat mereka.
Hal ini lebih jelas apabila hampir kesemua laman web pemimpin dan parti pembangkang mengeluarkan artikel mengenai reaksi media antarabangsa kepada perhimpunan Bersih 2.0. Bagi mereka, ini adalah satu kejayaan yang tidak ternilai - mendapat publisiti dan menjatuhkan imej kerajaan di mata dunia secara percuma!
![]() |
| Paparan liputan media antarabangsa di blog Anwar Ibrahim |
Namun sedarkah anda bahawa pemimpin-pemimpin ini juga sebenarnya telah menjatuhkan nama dan imej negara mereka sendiri? Inikah golongan yang kita ingin lihat sebagai pemimpin negara, yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai matlamat mereka termasuk dengan cara menghina negara mereka sendiri? Adakah begini caranya bagaimana seseorang pemimpin berfikir dan bertindak? Dimana tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia yang berikrar untuk setia kepada negara? Kita berikrar untuk setia kepada negara, bukan kepada kerajaan yang memerintah - adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk menjaga maruah negara. Hal ini cukup membuktikan mereka tidak mementingkan negara tetapi hanya mahu menjadi pemimpin negara.
4. Mencabar kerajaan di dalam menghadapi tentangan.
Antara isu yang kita dapat lihat dalam tempoh seminggu ini adalah komen-komen tentang layanan mereka yang telah ditangkap semasa rusuhan tersebut. Ini sebenarnya adalah antara bahan yang penting bagi mereka (Bersih dan parti pembangkang) - untuk melihat bagaimana pihak berkuasa dan kerajaan menangani perhimpunan tersebut. Adakah dengan cara yang baik atau menggunakan kekerasan. Adakah melibatkan kecederaan, kematian dan sebagainya. Bila berlaku semua ini, maka, lebih banyaklah modal buat mereka untuk menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dan pihak berkuasa.
Anwar Ibrahim contohnya, di dalam ceramahnya pada 11 Julai, 2011 bertempat di tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang, mengecam tindakan polis yang melakukan kekerasan terhadap presiden PAS, Hadi Awang. Kenyataan tersebut bertentangan dengan kenyataan rasmi Hadi Awang mengenai layanan baik polis terhadapnya, seperti yang direkodkan di video ini.
![]() |
| Hadi Awang ketika ditangkap |
'Saya dilayan dengan baik, ada juga (polis) yang datang bersalam dengan saya. Konsepnya kita (PAS) tak bermusuh dengan polis, kita nak lawan Barisan Nasional (BN). Saya tak tahu mengenai yang lain kerana saya keseorangan pada masa tu (ditangkap), yang lain saya tak tahu,' katanya kepada pemberita di sini.
Abdul Hadi diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mendakwa Presiden PAS itu dikasari polis ketika ditahan kerana menyertai perhimpunan itu.
Hadi berkata 'tidak semua polis menunjukkan kekasaran pada hari berkenaan, malah ada yang berlembut dengan tahanan termasuk beliau.'
Sumber
Cuba fikirkan, jika kita bertindak menggunakan kekasaran, dengan melalukan rusuhan, melemparkan minyak gas, bahan api buatan sendiri dan sebagainya, adakah wajar jika kita mahu persoalkan tentang layanan yang kasar? Kerana itu, mencegah adalah lebih baik daripada merawat.
Renungan bersama - Perbincangan atau musyawarah
Perbincangan atau musyawarah amat dianjurkan oleh agama kita kerana ianya amat penting sebagai cara yang mampu menyatupadukan semua di bawah pendapat & idea-idea yang dipersetujui bersama, di samping menghimpun dan mencari pendapat yang lebih bernas. Perbincangan merupakan elemen yang terpuji untuk diamalkan di dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Inilah yang membezakan Islam dan agama lain kerana kesempurnaanya - sehingga mengajar kita tentang musyawarah.
Musyawarah adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam, berbanding demokrasi yang di guna pakai oleh barat dan juga orang bukan Islam. Bagi orang Islam, jelaslah bahawa perbincangan mempunyai hikmah yang besar dan sesuai dengan anjuran agama dan rasul kita. Namun, mengapa kita lupa tentang indahnya cara ini, dan mengikut cara bertentangan yang diamalkan oleh orang bukan Islam? Apakah kita sudah lupa tentang anjuran agama kita? Apakah kerana politik, kita sanggup gadaikan agama dan mengetepikan suruhan tuhan?
Sedar atau tidak, masyarakat yang beragama Islam sebenarnya golongan terbesar yang hadir di perhimpunan Bersih 2.0 tersebut, yang majoritinya juga merupakah ahli parti politik PAS, yang melaungkan perjuangan agama, tetapi gagal memilih cara yang dianjurkan Islam untuk menyelesaikan masalah. Apa yang lebih sedih, ramai yang hadir di perhimpunan tersebut adalah mereka yang memakai songkok, serban, berbaju melayu, serta di hadiri juga oleh wanita yang bertudung sempurna dan juga orang-orang yang tinggi ilmunya di dalam bidang agama, tetapi gagal mengawal hawa nafsu dan hasutan syaitan, dan bertindak melampaui batasan. Apakah ini sikap yang kita ingin pupuk di dalam masyarakat kita? Mengajar mereka untuk mengikut hawa nafsu dan hasutan syaitan, dan meninggalkan tuntutan agama dan adab sebagai seorang beragama Islam demi memuaskan kehendak diri sendiri?
Sedarlah, kita sebenarnya sedang melakukan kerosakkan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara kita. Dan, pihak lain sedang menggunakan kelemahan kita ini untuk mencapai matlamat mereka. Persoalannya, siapakah musuh kita yang sebenarnya? Apakah kita sedang melawan musuh yang sebenar? Atau kita sedang dipergunakan oleh pihak tertentu dan secara tidak langsung memecahbelahkan masyarakat kita.
[Akan dikemaskini lagi]
Nantikan nukilan seterusnya yang membincangkan tentang kejayaan dan kesan perhimpunan Bersih 2.0.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kami mengalukan sebarang ulasan untuk nukilan ini.